Thursday, 15 November 2012

Maal Hijrah 1434

Salam Maal Hijrah 1434. Semoga tahun baru ini menambahkan keazaman kita untuk menjadi sekolah cemerlang di daerah Muar melalui pengembelingan usaha dan tenaga semua pihak. Salam Maal Hijrah

Monday, 29 October 2012

Pengetua BMS ke 7....


Puan Hajah Norhayah binti Mohamed Noor
Selamat Datang
Tuan Pengetua menyampaikan ucapan di perhimpunan rasmi sekolah
Di satu majlis asrama
Bersama mantan Pengetua BMS  Encik Puniran bin Denan
Bersama di Majlis Jamuan Akhir Tahun Asrama Maharani 2012

Sejarah ringkas perkhidmatan Puan Hajah Norhayah binti Mohamed Noor ~

~ SMK Alauddin Pagoh mulai tahun 1982,
~ SMK Convent selama 14 tahun (13 tahun sebagai penyelia petang),
~ SMK Tengku Mahkota selama 8 tahun sebagai GPK Hal Ehwal Murid (GPK HEM),
~ memulakan perkhidmatan di SMK Bandar Maharani sebagai Pengetua mulai 8 hb. Oktober 2012.

Seluruh warga BMS mengalu-alukan kedatangan Tuan...semoga dengan kepimpinan tuan,  BMS akan terus cemerlang di bidang sahsiah dan akademik.







Thursday, 25 October 2012

Hari Raya Aidil Adha ~ 26 Okt 2012


Alhamdulillah, esok bersamaan 10 Zulhijjah, kita umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan Aidil Adha yang disebut juga sebagai hari Raya Haji atau hari Raya Korban. Aidil Adha merupakan antara hari kebesaran Islam. Pada hari itu, umat Islam akan mengagungkan Allah s. w. t. dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih serta menegakkan syiar Islam dengan melakukan ibadah korban untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Aidiladha adalah satu hari perayaan yang agung. Perayaan yang membawa bersama mesej dan pengajaran. Antara pengajaran penting Aidil Adha ini adalah kesatuan umat. Walaupun umat Islam terdiri dari berbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, ia adalah umat yang satu. Umat yang menyembah Tuhan yang satu.
Umat yang mengikut syariat Nabi yang satu iaitu Muhammad s. a. w. Umat yang mengadap satu Kiblat. Sujud kepada Tuhan yang satu. Umat yang bersatu menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan. Umat yang berkumpul di padang Arafah dan Mina untuk melakukan ibadah Haji di tempat yang satu. Sesungguhnya tiada umat lain di atas muka bumi ini yang mempunyai kesatuan dengan berpandukan syariat yang indah seperti ini. Firman Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran, ayat 103:


وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ


Bermaksud: "Dan hendaklah kamu berpegang-teguh dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai".

Sudah sewajarnya kita melahirkan rasa syukur kita kepada Allah s. w. t. dengan melaksanakan konsep ini, iaitu konsep kesatuan. Kita tidak mampu berpecah-belah. Kita tidak mampu membiarkan anasir fanatik terhadap sesuatu fahaman, mazhab atau pendapat, untuk memecah-belahkan kita. Kita tidak boleh membiarkan Syaitan membisikkan di telinga kita bahawa fahaman kita yang baik sedangkan fahaman atau pendapat saudara kita yang lain salah semuanya. Kita perlu bersatu untuk menjadi kuat, kerana denagan kekuatan umatnya sahajalah Islam akan tertegak kukuh di bumi Allah.
Sebenarnya, Aidil Adha juga membawa bersamanya mesej persamaan dan keadilan sejagat. Agama Islam adalah agama yang tidak memandang pada status seseorang, sama ada kaya atau miskin, cantik atau sebaliknya, pandai atau lemah. Semua manusia adalah sama pada pandangan Allah s. w. t. Hanya takwa sahaja yang membezakan antara seseorang dengan yang lain pada pandangan Allah. Ini telah diingatkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah Al-Hujurat, ayat 13:


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ  أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Bermaksud: "Wahai manusia! Kami telah ciptakan kamu lelaki dan wanita, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia daripada kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal".
Konsep kesamaan ini amat penting dalam Islam untuk mengelakkan perpecahan di kalangan umat. Ia terlalu penting sehinggakan Rasulullah s. a. w. mengingatkan umatnya ketika Baginda menyampaikan khutbah wada', atau khutbah perpisahan beliau di bumi Arafah 1400 tahun yang lalu. Rasulullah bersabda dalam khutbah tersebut yang bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan sesungguhnya asal kamu adalah satu. Ketahuilah bahawa tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang yang bukan Arab. Dan tiada juga kelebihan bagi orang bukan Arab atas orang Arab. Orang berkulit putih kemerahan juga tidak ada kelebihan atas orang orang yang berkulit hitam, dan begitu juga sebaliknya, kecuali dengan taqwa. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa".
Aidiladha juga, mengingatkan kita tentang konsep pengorbanan seorang ayah bersama anaknya dalam melaksanakan perintah Allah s. w. t. Peristiwa Nabi Ibrahim a. s. diuji dengan perintah menyembelih anaknya Nabi Ismail a. s. Peristiwa pengorbanan ini dirakamkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109. Antaranya Allah menyatakan:


فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya: Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusahabersama-sama dengannya, Nabi ibrahim berkata: "wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelehmu; maka fikirkanlah apa pendapat mu. Anaknya Ismail menjawab, wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
Dari ayat-ayat tersebut Allah menceritakan, bagaimana keimanan yang tinggi yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim a.s. dapat melaksanakan perintah Allah, sekalipun terpaksa mengorbankan jiwa anak kesayangannya Ismail a.s. Begitu juga kekuatan iman Nabi Ismail a.s. yang sedia menerima perintah sekalipun dirinya sebagai taruhan. Pengorbanan dan kesabaran seperti ini yang sepatutnya diterapkan dalam jiwa kita agar kita berjaya mengharungi segala ujian dan cabaran dalam kehidupan dunia ini, dalam kita melaksanakan segala perintah Allah s.w.t.
Jelasnya pengajaran yang dapat kita jadikan iktibar di sebalik Aidiladha ialah peri pentingnya menjaga kesatuan, perpaduan umah dalam masyarakat di samping kita memahami bahawa manusia itu adalah sama disisi Allah, yang membezakan mereka adalah sifat taqwa yang dimilikinya. Untuk mencapai perpaduan ini perlu ada pengorbanan yang amat besar dari semua pihak serta kerjasama yang berterusan. Ini tidak akan tercapai melainkan dengan ilmu pengetahun yang mendalam dalam semua bidang kehidupan. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar Walillahil Hamd.

Wednesday, 24 October 2012

PELANCARAN KEM MEMBACA



















AKTIVITI BMS DI SANA SINI......

1. Penilaian Menengah Rendah 2012 ~ 9-16 Okt. 2012








2. Majlis Sekalung Budi Ingatan Abadi & jamuan Akhir Tahun Asrama ~ 16 Okt. 2012


























4. Hari Terbuka SPM 2012 ~ 19 hb. Oktober 2012







Ingatan kepada para pelajar