Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

Wednesday, 1 December 2010

Saturday, 27 November 2010

Guru baru

ustz mohd fadhli
Ustaz Mohd Fadhli b Abd Nasir
cik noraihan
Cik Noraihan binti Idris
Dua orang guru baru telah melapor diri pada Selasa 23 November 2010. Ustaz Mohd Fadhli lulusan UKM sementara Cik Noraihan pula lulusan dari UTM. Semoga mereka berdua akan berkhidmat dengan cemerlang di SMKBM

Sunday, 24 October 2010

Guru Dedikasi

Photobucket
Pn Sariffah membuat taklimat BM kepada En Mazlan & Cik Zalina

Photobucket
Pn Mazlifah pembimbing guru baru Cik Zalina


Wednesday, 29 September 2010

Jamuan Raya Guru & Staf Sokongan

Guru Baru Kita...

Cik Zalina bertudung 'pink' dan Pn Sarifah bertudung hitam

Pn Sarifah binti Abdul Rahman dan Cik Zalina binti Mohammad telah melapor diri dan mula bertugas sengai guru di SMK bandar Maharani pada Selasa 28 September 2010. Sebenarnya mereka sudah melapor diri menjadi guru mulai Isnin 27 September di SMK Simpang Renggam dalam Majlis suaikenal bersama Pengarah Pelajaran Johor. Pn Sarifah lulusan UPSI dengan opsyen Perdagangan & Perniagaan manakala Cik Zalina pula lulusan dari UITM dengan opsyen Pendidikan Seni Visual. Kedua-dua mereka sudi menjadi warden asrama kita. Semoga SMK Bandar Maharani menjadi tapak untuk mereka maju di bindang pendidikan dan menjadi guru cemerlang.

Tuesday, 24 August 2010

Kaunselor Baru Kita

Selamat Datang En Mohd Akmal..
En Mohd Akmal bin Omar sudah menjalankan tugasnya sebagai kaunselor mulai semalam Isnin 23 Ogos 2010. Beliau telah bertukar dari SMK(A) Maahad Muar. Semoga kehadiran beliau dapat menyuntik semangat baru untuk semua warga sekolah dalam usaha untuk membimbing murid-murid ke arah kejayaan  yang lebih cemerlang.

Saturday, 31 July 2010

Laluan Kenaikan Pangkat di Sekolah

Pengetua En Puniran Bin Denan telah menerangkan laluan untuk kenaikan pangkat di sekolah-sekolah Malaysia. Beliau juga telah menerangkan impak laporan prestasi tahunan dan tindakan tatatertib kepada kerjaya semua guru. Selain itu, tuan pengetua telah menerangkan mengenai kaedah dan kebaikan pemantauan rakan sebaya untuk meningkatkan kaedah penyampaian p & p di dalam bilik darjah.

LDP : Persembahan Interaktif

En Darwis membacakan doa
Pn Siti Mariam menyampaikan ceramah dan bengkel bertajuk "Persembahan Interaktif"
Guru-guru sedang memberi perhatian

Friday, 30 July 2010

Kepimpinan Transformasional

Pagi tadi Jumaat 30 Julai 2010, Pengetua kita, En Puniran Bin Denan telah menyampaikan ceramah bertajuk Kepimpinan Transformasional di Kursus Profesionalisme Guru Penolong Kanan Sekolah-sekolah Daerah Muar/Ledang di Hotel Seri Malaysia Mersing. Antara intipati ceramah beliau ialah perubahan bermula dari individu dan ia akan memberi kesan dan terus menjadi gelombang perubahan kepada organisasi (sekolah). Tiada jalan pintas untuk mencipta kejayaan cemerlang. Transformasi yang positif dan berkesan memerlukan ilmu selain dari kemahuan semata-mata. Semoga semua warga SMK Bandar Maharani akan transform kepada yang lebih cemerlang.

Monday, 19 July 2010

Ustaz Abdullah..ustaz baru & Guru Pelatih UTM

Guru Praktikum UTM
Ustaz Abdullah ..selamat bertugas...semoga lebih bersemangat mendidik anak bangsa...

Ustaz Abdullah bin Mohd Salleh, mula bertugas pada pagi ini setelah berpindah dari SMK Bukit Gambir. Dua orang pelatih dari UTM juga sudah datang bertugas hari ini. Cik Asma' binti Mohamed Nyan dan Cik Anis Afi Wadhihah bt Solahudin  akan menjalani praktikum selama 3 bulan di sini. Pn Maizan dan Pn Nor Hanizah menjadi guru pembimbing mereka.

Saturday, 17 July 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009

Selain Cikgu Mazlan, Cikgu Chia Yue Ling, Cikgu Azmi, Cikgu Sariffah, Cikgu Ahmad Tumami dan Pn Norimah pembantu makmal kita juga telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009 di SMKA Maahad pagi tadi. Ustaz Fazrul yang telah bertugas di PPD Muar, Unit Pendidikan Islam telah membacakan doa. Tahniah. Semoga dapat dorongan untuk lebih cemerlang lagi.

Anugerah Perkhimatan Cemerlang : Tahniah Cikgu Mazlan

Cikgu Mazlan adalah antara lebih 600 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009 Daerah Muar & Ledang pada hari ini. Majlis ini telah diadakan di Dewan SMKA Maahad Muar. Anugerah telah disampaikan oleh Tn Hj Markom bin Giran Timbalan Pengarah Pelajaran Johor.Semoga Cikgu Mazlan lebih bersemangat lagi untuk mendidik murid-murid SMK Bandar Maharani menjadi lebih cemerlang lagi.

Friday, 16 July 2010

En Ahmad Tumami : "YB Kita"


Hello En Puniran.....saya telah selamat bersara ni....alhamdulillah....lega rasanya..hehee

Ingatan kepada para pelajar