Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts

Tuesday, 4 September 2012

Di ambang SPM 2012

Akhirnya hari yang dinantikan ini pun tiba....150 orang pelajar melangkah ke dewan peperiksaan percubaan SPM yang bermula 30 Ogos  hingga 21 hb. September 2012.  Doa dan harapan yang menggunung tinggi dari seluruh warga SMKBM mengiringi anda semua.   Anda mampu  mencapai kejayaan yang cemerlang, insyaAllah!








Tuesday, 12 October 2010

MPSM MENGEDARKAN KERTAS SOALAN AKHIR TAHUN

Terima kaseh kepada semua sekolah menengah daerah Muar / Ledang yang telah memberi kerjasama dalam kelancaran edaran kertas soalan akhir tahun 2010. Integreti diutamakan demi martabat pendidikan Daerah Muar.


Photobucket
Photobucket
Photobucket

Sunday, 10 October 2010

DOA UNTUK CALON PMR DAN SPM

Photobucket

Ya Allah berikan petunjuk kepada rakan kami yang mengambil PMR dan SPM. 
Semoga mereka berjaya

Photobucket
Semoga anda semua berjaya. Itu doa kami

Monday, 13 September 2010

PMR and SPM semakin hampir...

PMR....21 hari lagi
SPM....69 hari lagi

Walaupun masih bercuti diharapkan semua calon PMR dan SPM SMK Bandar Maharani, terus berusaha membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan penting ini. Kejayaan masa depan bermula dari usaha kita di hari ini.

Thursday, 29 July 2010

BERSEDIA UNTUK PERCUBAAN PMR SPM DAN UPPM2

Keadaan sebegini adalah fenomena biasa di SMKBM pada awal pagi bermula jam 7.10 pagi. Pelajar-pelajar yang ada di Dataran Ilmu akan menggunakan waktu senggang sebelum masuk kekelas bagi mengulangkaji matapelajaran. Pada masa yang sama pihak pengurusan dengan kerjasama panitia matapelajaran akan membekalkan bahan-bahan bacaan dan ulangkaji untuk kegunaan mereka. Semoga pelajar-pelajar SMKBM akan terus mencipta sejarah kejayaan yang cemerlang untuk diri, keluarga dan sekolah. Selamat Menempuh Peperiksaan Percubaan PMR, SPM dan UPPM2

Wednesday, 19 May 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun Setara Daerah Muar

Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Semoga Allah membuka minda semua murid dan dapat menjawab dengan baik. Murid-murid Tingkatan 5 sedang menjawab kertas soalan Bahasa Melayu 2 sekarang ini. Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 5 telah bermula semalam 18 Mei 2010 dengan kertas Pendidikan Syariah Islamiah. Pendidikan Seni Visual dan ICT.

Ingatan kepada para pelajar