Showing posts with label Kaunseling. Show all posts
Showing posts with label Kaunseling. Show all posts

Wednesday, 20 March 2013

Majlis Pelancaran Sekolah Penyayang

Majlis Pelancaran Sekolah Penyayang telah diadakan pada 18 hb. Mac 2013 dengan dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Bandar Maharani, Puan Hajah Norhayah Mohamed Nor. Majlis turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak serta penyerahan kad ucapan hari lahir istimewa buat pelajar yang terlibat.
Bacaan doa oleh Ahmad Naqib Abdu Razak
Amiin.......Semoga majlis diberkati
Persembahan Pelajar ~Deklamasi Sajak
Ucapan Perasmian oleh Puan Pengetua











Friday, 15 October 2010

Program Selepas PMR : Ceramah Sekolah Teknik & Vokasional

Semua pelajar tingkatan 3 telah mendengar ceramah mengenai Sekolah Teknik dan Vokasional pagi tadi. Dua orang guru dari SM Vokasional Muar telah memberi penerangan mengenai peluang dan kebaikan untuk belajar di tingkatan 4 di sekolah teknik atau sekolah vokasional. Semoga cermah ini telah memberi input kepada semua pelajar tingkatan 3 SMKBM.

penceramah sekolah vokasional

Tuesday, 21 September 2010

Program Dari Hati ke Hati

Pagi tadi seramai empat puluh orang calon-calon PMR yang menjadi harapan sekolah untuk meningkatkan prestasi pencapaian PMR sebenar nanti telah bersua muka dengan Tuan Pengetua, En Puniran bin Denan. Turut hadir ialah Penolong Kanan Cik Hjh Nor'aini Md Yusof. Program anjuran kaunselor sekolah Pn Hjh Nor Farizah dan En Mohd Akmal telah bermula dengan penerangan objektif perjumpaan dan diikuti taklimat dari hati ke hati oleh tuan pengetua.

Tuesday, 10 August 2010

Ceramah AADK

Cik Rafidah dan Pn Punitha telah menguruskan ceramah ini diadakan bagi 40 orang murid yang terpilih. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari pejabat AADK Muar pada 8 pagi tadi. Semoga ceramah ini membuka minda murid-murid kita supaya berubah menjadi lebih baik untuk kehidupan yang lebih sihat untuk masa depan yang cemerlang.

Ingatan kepada para pelajar