Showing posts with label Anugerah/Sijil. Show all posts
Showing posts with label Anugerah/Sijil. Show all posts

Saturday, 17 July 2010

Santai sambil belajar di Majlis APC 2009

cikgu mazlan sedang menenangkan diri.....
cikgu chia happy saja..cikgu azmi risau apa ntah..
cikgu azmi berpakaian kemas dan lengkap dengan tanda nama & tali leher
Cikgu Isa dari SMK Sg Abong siap dengan kot

YB kita cikgu Ahmad Tumami ceria bersongkok dan berkot lengkap...
walaupun sudah YB masih berdisiplin tinggi
PK SMK Parit Bunga, PK SMK Tengku Mahmud Iskandar dan PK Sekolah Tinggi antara PK yang menerima APC tahun 2009
Pegawai-pegawai PPD Muar, Tn Hj Ahmad Nasaruddin, En Najib dan En Khairul
Pegawai PPD En Shahrom dan Tn Hj Harris & penerima APC
Tn Hj Ahmad Nasaruddin bersama En Ikhwan penerima APC
PK SMK Bandar Maharani Hjh Nor'aini menjadi wakil M4P(Menengah) bersama Pn Fareha penerima APC dari SMK Dato Sri Amar DiRaja
Pn Noraini SM Sains Muar dan Pn Nurhaya SMK Tengku Mahkota, penerima APC DG48
Pengerusi M4P Tn Hj Roslan PK SMK Parit Bunga dan Setiausahanya En Safian PK SMK Tengku Mahmud Iskandar gembira selepas menerima APC
Hjh Nor'aini bersama-sama pegawai PPD Unit Penilaian & Peperiksaan (PBS) En Salim bersama-sama penerima APC dari SMK Sungai Abong

Thursday, 8 July 2010

Insan Seimbang : Murid Amanah

Gan Hui Lee murid Tingkatan 5 Efektif telah bertindak bijak dengan memulangkan kesemua wang yang dijumpainya di kantin sekolah. Sebagai penghargaan Gan Hui Lee telah dianugerahkan Sijil Penghargaan Sahsiah Cemerlang di Perhimpunan Isnin 5 Julai 2010. Semoga Gan Hui Lee menjadi contoh kepada murid-murid lain untuk membina akhlak mulia.

Wednesday, 30 June 2010

Tahniah SMK Bandar Maharani !!!

Tuan Pengetua En Puniran Bin Denan telah menghadiri Audit Akademik dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pelajaran Johor Bil 1/2010 pada 29 Jun 2010 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, di Johor Bahru. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Sufa'at Bin Tumin Pengarah Jabatan Pelajaran Johor. SMK Bandar Maharani telah dianugerahkan Sijil Penghargaan kerana memperolehi :
1 Penarafan Kendiri Sekolah Menengah 2009 Menggunakan Instrumen SKPM (Pengurusan Berkualiti SKPM Melebihi 90%)
2 Pencapaian Terbaik Pendidikan Islam PMR Kategori Sekolah-sekolah Harian Biasa Luar Bandar bagi Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009 Negeri Johor
3 Penerima Kedua Anugerah Lonjakan Akademik KAA SPM 2009
Selain itu, tahniah juga untuk Tuan Pengetua kerana telah menerima Anugerah bagi IPQ Pengurusan/Kepimpinan Pengetua 2009 (Pencapaian melebihi 90%).

Agar kejayaan ini menjadi pendorong untuk kita warga SMKBM berusaha lebih gigih lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

Ingatan kepada para pelajar