Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Friday, 19 November 2010

Hari Akhir PersekolahanTahun 2010

Program pagi Jumaat 19 November 2010 hari terakhir persekolahan 2010 telah diadakan majlis solat hajat tolak bala, hajat memohon dipermudahkan menghadapi SPM dan bacaan yassin yang dipimpin oleh Ustaz Nasrudin. Majlis telah diadakan di surau sekolah. Jemaah terdiri daripada calon-calon SPM 2010 dan guru-guru SMKBM. Kami mendoakan agar calon-calon SPM 2010 dapat mencapai prestasi yang cemerlang di dalam peperiksaan yang hampir menjelang.

hari akhir 2010

hari akhir 2010

Thursday, 21 October 2010

Jerebu

http://ppdmuar.my/

TERKINI : PENUTUPAN SEKOLAH DAERAH MUAR/LEDANG AKIBAT JEREBU


TERKINI >> Pengetua/Guru Besar/PPD Muar
Harap Maklum bahawa semua guru dan pelajar daerah Muar/Ledang diarahkan ditutup esok khamis (21 Oktober 2010) memandangkan keadaan Jerebu yang teruk. Walaubagaimanapun, Pengetua/Guru Besar dan kakitangan AKS dikehendaki hadir bertugas seperti biasa. Harap Maklum. Lain-lain pengumuman akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

jerebu 2
Dataran yang sunyi dan kosong

jerebu 1
Hujan mengurangkan jerebu

Monday, 20 September 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah

Kepada semua warga SMK Bandar Maharani, selamat kembali ke sekolah. Semoga dengan semangat dan azam baru setelah bercuti selama dua minggu. PMR tinggal 14 hari lagi sementara SPM pula tinggal 61 hari lagi. Semoga semua calon PMR dan SPM terus berusaha untuk lulus cemerlang.
Pn Norhayati Hamzah menyampaikan Laporan Guru Bertugas Mingguan

Wednesday, 8 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kepada semua warga SMK Bandar Maharani diucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan Allah.

Tuesday, 17 August 2010

Bulan Ogos Bulan Kemerdekaan

Perhimpunan pagi Isnin 16 Ogos

Pemenang Anugerah Gerai Terbersih Semasa Hari Koperasi
Asyik mendengar ucapan Tuan Pengetua
Guru GSTT baru Cik Siti Hasnah binti Mazlan..semoga dapat berkhidmat dengan cemerlang

Sunday, 1 August 2010

jom ceriakan sekolah..

Usaha menceriakan sekolah adalah berterusan. Cikgu Abdul Rashid adalah antara guru yang berusaha gigih dalam program ini dengan dibantu oleh En Zulkifli dan Pak Wahab. Semoga sekolah kita menjadi kondusif untuk belajar.

Thursday, 22 July 2010

Berita Baik Keluar Surat Khabar

Tahniah kepada semua warga SMK Bandar Maharani yang telah berusaha untuk mencapai kejayaan ini. Semoga kecemerlangan terus menjadi milik kita. InsyaAllah.

Tuesday, 20 July 2010

Taklimat Tender Keselamatan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Daerah Muar & Segamat 2010


Perasmian oleh Tn Hj Mansor Abdul Aziz Timbalan Ketua Sektor SK2P
Sekolah-sekolah dibahagikan mengikut Zon, SMKBM Zon A5
Pengetua STUDI dan SMK Bukit Naning yang berada di zon yang sama dengan SMKBM
Bekas Pengetua SMKBM Tn Hj Abdullah bin Baba yang akan bersara 5hb Ogos 2010 juga hadir

Majlis taklimat bermula 9.00 pagi tadi telah dirasmikan oleh Tn Hj Mansor bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan. Sebelum itu, Tn Hj Jamal bin Abdullah Timbalan PPD Muar yang mewakili PPD Muar telah berucap. Talimat telah disampaikan oleh Pn Rafeah Khafidah binti Kamarudin Ketua Unit Perolehan & Pengurusan Aset dan Tn Hj Fadzil bin Mohd Amin Penolong PPD Perolehan & Aset Muar.

Sesi soaljawab antara pengetua/guru besar dan kontraktor kawalan keselamatan telah diadakan selepas taklimat. Banyak maklumat dan penerangan mengenai klausa perjanjian telah disampaikan sebagai peringatan dan memberi lebih kefahaman kepada pengurusan sekolah dan kontraktor terlibat. Syarikat Realforce Sdn Bhd telah berjaya dan menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan di SMKBM sehingga Jun 2013 nanti. Semoga taklimat ini dapat meningkatkan lagi perkhidmatan syarikat berkaitan di premis sekolah.

Tuesday, 29 June 2010

Hari Selasa 29 Jun 2010

Peristiwa hari ini :
1 Peperiksaan KKQ Tahun 2010 dari 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Peperiksaan ini telah diuruskan oleh Ustaz Mohamad Noh
2 Lawatan Pengesanan Pelaksanaan Instrumen Pentaksiran Tahun 2010 untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ketua Panitia KH Pn Ho Li Fung bersama-sama GKMP Pn Hjh Hamidah telah mengiringi pemantau En Mazlan.

Monday, 21 June 2010

Perhimpunan Pertama Selepas Cuti Persekolahan

Perhimpunan rasmi pagi Isnin telah dijalankan seperti biasa, tetapi telah dimulai dengan sedikit senaman memanaskan badan yang dipimpin oleh En Azman. Kemudian barulah dijalankan aturcara biasa. Cik Norwin membuat laporan guru bertugas minggu sebelum cuti dan telah membuat teguran hasil dari pemerhatian guru-guru bertugas.  Tuan Pengetua telah menyampaikan baucer kepada kelas-kelas yang telah menang dalam pertandingan kelas ceria pada minggu sebelum cuti. Suasana menjadi lebih ceria dan segar apabila Cik Chua menyampaikan pengucapan "Exercutive Talk" bertajuk "Kelahiran Kembar". Murid-murid menunjukkan respon yang baik kepada pengucapan beliau. Tuan Pengetua telah mengingatkan seluruh warga sekolah tentang matlamat kita ke sekolah. Juga beliau telah mengingatkan bahawa PMR dan SPM semakin hampir dan setiap calon mestilah peka dan terus berusaha untuk cemerlang.

Thursday, 3 June 2010

what a crane can do?

The guard house used during the construction for the new office block was lifted by a crane lorry and taken away by the owner. The process took place this afternoon 3rd June 2010.

Monday, 31 May 2010

Tn Hj Nojumuddin Abdul Samad Pengetua Ke-2 SMKBM

Tn Hj Nojumuddin Bin Abdul Samad Pengetua SMK Bandar Maharani yang kedua mulai 17/1/1995 hingga 27/12/1998 kini ialah Pengetua SM Sains Johor di Kluang. Beliau memaklumkan akan bersara pada bulan Oktober 2010 ini nanti. Bersama-sama ini disertakan gambar-gambar beliau semasa Majlis Makan Malam Amal untuk Dana Pendidikan dan Kerohanian SMSJ yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni SM Sains Johor, SAJOHA pada 28 Mei 2010. Pungutan sumbangan untuk malam itu sahaja melebihi 100 ribu ringgit.

Monday, 24 May 2010

Peaceful SMKBM

The entry road.

The Dataran Maharani

The Canteen

The Garden

The wakaf

The office block

Let's make our school more condusive for teaching and learning to take place. Keep our compound always clean so that we can have peaceful mind too.





Ingatan kepada para pelajar