Monday, 28 June 2010

Gigihnya Ustaz Nasrudin Bin Talip

Ustaz Nasrudin Guru Kanan Matapelajaran Sains Kemasyarakatan telah mengalami kemalangan jalanraya pada 3 Mei 2010. Kaki beliau telah patah dan diberi cuti sakit hingga kini. Walapun demikian, Ustaz sanggup datang untuk menjalankan kelas ganti Bahasa Arab Tinggi. Kelas harii ini ialah untuk Tingkatan 4 Al Farabi. Ustaz akan mengadakan kelas untuk Tingkatan 5 Al Ghazali juga nanti. Kegigihan beliau patut dijadi penyuntik semangat kepada guru-guru dan seluruh murid-murid SMK Bandar Maharani.Semoga Ustaz terus mendapat keberkatan Allah.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS: Kerja Kursus Teknologi Kejuruteraan

Pentaksiran Berasakan Sekolah PBS adalah proses yang berterusan. Hari ini murid-murid dari Tingkatan 5 Amanah melaksanakan kerja kursus Teknologi Kejuruteraan TK dan dibimbing oleh Cik Siti Raihana. Mereka memilih untuk membina kerusi dan meja simen fero. Walaupun hujan renyai, diharapkan proses kerja kursus ini dapat dilaksanakan sehingga selesai dengan jayanya dan dapat dimanafaatkan oleh semua murid-murid TK ini.

Wednesday, 23 June 2010

Memupuk Nilai Murni Melalui Aktiviti Melukis

Panitia Pendidkan Seni Visual dan Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan telah memulakan projek melukis mural di dinding Kantin Sekolah. Kerja awal iaitu menyapu 'undercoat' telah dijalankan pada hari ini semasa aktiviti kokurikulum.



Sebelum ini iaitu pada 22 April hingga 25 April 2010, mereka telah mengambil bahagian dalam Program Gerak Kerja Pembersihan Majlis Perbandaran Muar dengan melukis mural di dinding medan ikan bakar di Sabak Awor. Berita aktiviti gotong royong ini telah disiarkan di laman web nst http://streets.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Monday/Stories/20100509233444/Article/index_html
Murid-murid dari kelas PSV tingkatan 4 dan 5 ini telah dibimbing oleh guru PSV Pn Mazlifah. Semoga nilai murni ini dapat membentuk sahsiah mereka untuk menjadi insan yang seimbang.


Budaya Sayang Sekolah


Ceria Ke Sekolah


Murid-murid yang tinggal di asrama beratur sopan masuk ke kawasan sekolah. Semoga sentiasa ditenangkan hati dan fikiran untuk menimba ilmu setiap hari.

Program Rancangan Orientasi ROS dari UPSI

Tiga orang pelajar UPSI yang menjalani Program Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) di SMKBM mulai 21 Jun 2010 hingga 2 JUlai 2010 ialah:
1 Nurhafizah Binti Ayob Bahasa Arab dengan Pendidikan dibimbing oleh Pn Nor Yazidah
2 Nurziha Binti Hodari Pendidikan Islam dibimbing oleh Pn Atikah
3 Noor Farhahanina Binti Karim Pendidikan Islam dibimbing oleh Utz Halim

Semoga SMKBM menjadi pendorong untuk mereka menjadi guru cemerlang nanti.

Monday, 21 June 2010

Perhimpunan Pertama Selepas Cuti Persekolahan

Perhimpunan rasmi pagi Isnin telah dijalankan seperti biasa, tetapi telah dimulai dengan sedikit senaman memanaskan badan yang dipimpin oleh En Azman. Kemudian barulah dijalankan aturcara biasa. Cik Norwin membuat laporan guru bertugas minggu sebelum cuti dan telah membuat teguran hasil dari pemerhatian guru-guru bertugas.  Tuan Pengetua telah menyampaikan baucer kepada kelas-kelas yang telah menang dalam pertandingan kelas ceria pada minggu sebelum cuti. Suasana menjadi lebih ceria dan segar apabila Cik Chua menyampaikan pengucapan "Exercutive Talk" bertajuk "Kelahiran Kembar". Murid-murid menunjukkan respon yang baik kepada pengucapan beliau. Tuan Pengetua telah mengingatkan seluruh warga sekolah tentang matlamat kita ke sekolah. Juga beliau telah mengingatkan bahawa PMR dan SPM semakin hampir dan setiap calon mestilah peka dan terus berusaha untuk cemerlang.

Ingatan kepada para pelajar