Taklimat telah disampaikan kepada semua ketua jabatan di Daerah Muar oleh Pegawai Daerah Muar Yang Bahagia Tuan Haji Mislan Bin Karmani di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar pada pukul 10.05 pagi hari ini. Matlamat program ini ialah hendak menjadikan Daerah Muar bersih. Moto program ini Sehati Sekata Ceria Selesa. Projek 10000 langkah dan Gotong Royong Perdana adalah antara projek yang akan dilancarkan. Pegawai Daerah telah melancarkan Gerak Kerja "Muar Daerahku, Bersih Idamanku". Sehubungan dengan itu, satu tabung untuk mengumpul dana projek ini telah dilancarkan juga. Mulai Rabu 15 Julai Pegawai Daerah dan pegawai-pegawai MPM akan memantau kebersihan di sekolah-sekolah daerah Muar
Thursday, 8 July 2010
Insan Seimbang : Murid Amanah
Gan Hui Lee murid Tingkatan 5 Efektif telah bertindak bijak dengan memulangkan kesemua wang yang dijumpainya di kantin sekolah. Sebagai penghargaan Gan Hui Lee telah dianugerahkan Sijil Penghargaan Sahsiah Cemerlang di Perhimpunan Isnin 5 Julai 2010. Semoga Gan Hui Lee menjadi contoh kepada murid-murid lain untuk membina akhlak mulia.
Ceramah Kanser dari MAKNA
Ceramah telah disampaikan oleh wakil dari MAKNA, Majlis Kanser Nasional pada Rabu 7 Julai 2010 di perhimpunan pagi. Selepas penerangan kepada murid, mereka memberi maklumat tambahan kepada guru-guru pula. Semoga maklumat yang disampaikan dapat dimanafaatkan.
Tuesday, 6 July 2010
Pemantauan Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah
Empat orang pegawai telah datang memantau pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah mulai 12.30 tgh tadi. Laporan yang diberikan adalah sangat baik. Tahniah kepada En Sukur dan Pn Fawziah.
Monday, 5 July 2010
Sunday, 4 July 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
the purple trio listening to a short briefing by the Principal checking their ranking.... the girls were more worried of their class ranking...

