Thursday, 11 November 2010

Majlis Anugerah Kokurikulum & Sahsiah Terampil 2010

Majlis ini telah diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah berusaha mencapai kejayaan dalam bidang kokurikulum dan juga bagi mereka yang telah menunjukkan ketrampilan yang tinggi. Anugerah juga telah diberikan kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus untuk melatih dan mendidik pelajar-pelajar SMKBM supaya menguasai ilmu, memiliki kemahiran dan berperibadi unggul agar dapat menjadi insan yang seimbang rohani, jasmani dan emosi.


Photobucket

Photobucket

Pemimpin Pendidikan Negeri Johor Yang Baru

hj markom giran
Tn Hj Markom bin Giran ialah Pengarah Pelajaran Johor yang baru.






Encik Mohd Nor bin A.Ghani, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
Semoga Johor terus maju di bawah kepimpinan baru ini. Johor Top 5

Tuesday, 9 November 2010

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA PENGETUA HS MUAR

Sekalung Budi Seikhlas Hati. Majlis kunjung hormat MPSM kepada Pn.Hjh.Latifah binti Hamdan Pengetua Kanan Sekolah Tinggi Muar sempena majlis persaraan beliau. Majlis dihadiri pengetua-pengetua daerah Muar dan Ledang serta bekas pengetua dan bekas rakan sejawat beliau. 

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Wednesday, 3 November 2010

Jamuan Akhir Tahun Kelab Staf SMKBM 2010

Jamuan akhir tahun kali ini telah diadakan di Hotel Mahkota, Melaka. Turut hadir sama di majlis ini ialah YDP PIBG Tn Hj Mahamud bin Bulat. Guru-guru dan kakitangan sokongan yang telah bertukar pada hujung tahun 2009 dan 2010 telah dijemput untuk hadir bersama-sama di majlis kali ini. Mereka yang telah hadir ialah Utz Fadzrul, En Abdul Razak dan Pn Siti Fairose.

Photobucket

Monday, 1 November 2010

TAKLIMAT SKPM 2010

Pada hari ini 01 November 2010, sekolah-sekolah di daerah Muar dan Ledang telah diberikan taklimat mengenai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 iaitu edisi terkini oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Sebanyak empat pusat dibuka secara serentak untuk taklimat ini iaitu di Sekolah Tinggi Muar, SMK Dato Sri Amar DiRaja, SMK Tun Mamat dan SMK Tengku Mahmod Iskandar. Setiap sekolah diwakili oleh Pengetua / Guru Besar dan seorang guru penyelaras. Taklimat ini selain memberi pendedahan SKPM 2010 juga memberi peluang peserta menggunakan aplikasi secara on-line.

Photobucket

Ingatan kepada para pelajar