Pada hari Rabu 19 Januari 2011 berlangsungnya perhimpunan resmi kokurikulum 1/2011. Pada majlis ini juga disampaikan bendera rumah sukan yang baru. Ketua rumah sukan dan guru penasihat telah menerima bendera baru tersebut dari pengetua.
Thursday, 20 January 2011
Friday, 14 January 2011
HARI TERBUKA_KALI 1 SMKBM 2011
Pada hari ini 14 Januari 2011 berlangsungnya hari terbuka bagi kelas tingkatan 2, 3, dan 5. Para ibu bapa penjaga berpeluang menemui guru-guru untuk mengetahui perkembangan kemajuan pelajaran anak-anak mereka. Pada masa ini juga bagi calon-calon PMR dan SPM guru-guru kelas dapat membentangkan TOV bagi calon-calon kepada ibu bapa penjaga. Diharapkan usaha yang lebih bermakna boleh dijana bagi kecemerlangan pelajar SMKBM 2011. Selamat maju jaya.
Sunday, 9 January 2011
AKTIVITI HARI SABTU
Pada hari Sabtu 08 Januari 2011 merupakan hari sabtu pertama dalam sesi persekolahan 2011. Aktiviti bagi pelbagai bahagian telah mula rancak berjalan. Minggu suai kenal asrama bagi pelajar baru maseh berjalan. Guru-guru yang berpeluang mengadakan kelas bimbingan juga tidak melepaskan waktu ini. Terima kaseh kepada guru-guru yang sedia berkorban untuk kejayaan warga SMKBM. Terima kaseh.
| cikgu Hjh.Norhayati Hamzah dengan calon SPM 2011 |
| Cikgu Sarifah dengan calon PMR |
| Calon PMR 2011 |
| Suaikenal asrama1 |
| suaikenal asrama 2 |
| suaikenal asrama 3 |
| suaikenal asrama 4 |
| pekerja swasta pembersihan kawasan |
Thursday, 6 January 2011
ANUGERAH KECEMERLANGAN PMR
Bersempena mesyuarat kurikulum daerah yang diadakan di SMKA Maahad Muar pada hari ini 06 Januari 2011, SMK Bandar Maharani dianugerahkan sijil kecemerlangan peningkatan peratus lulus selama tiga tahun berturut-turut bagi enam matapelajaran. Saya bagi pihak pengurusan SMKBM merakamkan ucapan jutaan terima kaseh atas kerjasama semua pihak selama ini. Tahniah dan syabas kepada guru-guru, ibu bapa penjaga, calon-calon PMR 2008, 2009 dan 2010. Juga tidak lupa kepada PIBG yang telah membantu dalam semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Terima kaseh juga kepada semua staf sokongan sekolah dan asrama yang turut menyumbang terhadap kejayaan ini. Tahniah
Monday, 3 January 2011
HARI PERTAMA 2011
Sunday, 2 January 2011
Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan Satu
Pada 01 Januari 2011 berlangsung pendaftaran pelajar baru tingkatan satu dan peralihan. SMKBM menerima jumlah pelajar bagi 5 kelas aliran perdana, 2 kelas rancangan khas agama dan sebuah kelas peralihan. Pada 02 Januari 2011 pula berlangsung pendaftaran pelajar-pelajar yang ditempatkan di asrama. Kepada semua guru yang bertugas diucapkan ribuan terima kaseh.
| Us.Husein (Penyelia agama PPD Muar) memberikan taklimat |
| YDP PIBG Tn.Hj.Mahmud Bulat menyampaikan amanatnya |
| Penyelia asrama_Pn.Shelley mendaftarkan pelajar asrama |
| Kaunselor_Hjh.Nur Fariza dan Penolong Kanan_Hjh.Noraini dimeja pendaftaran |
| Pelajar dan ibu bapa yang mendengar taklimat pengurusan |
| Beratur untuk mendaftar di kelas |
| Sabar menunggu giliran mendaftar |
Saturday, 1 January 2011
MAJLIS JASA MU DIKENANG
Pada 30 Disember 2010 pihak sekolah dengan kerjasama kelab staf telah mengadakan majlis bagi meraikan persaraan Pn.Hjh.Fawziah binti Silan dari perkhidmatan. Beliau bersara selepas menabur bakti sebagai pembantu tadbir semenjak tahun 1973. SMKBM mengucapkan jutaan terima kaseh atas khidmat cemerlang yang beliau telah laksanakan. Pada majlis yang sama juga kelab staf meraikan guru-guru yang berpindah sekolah. Antaranya Cik Hjh.Noraini binti Mohd Yusof GPK, dan Pn.Fauziah binti Salim. Semoga rakan guru yang bertukar ini dapat menabur bakti dengan lebih cemerlang ditempat baru.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
the purple trio listening to a short briefing by the Principal checking their ranking.... the girls were more worried of their class ranking...
-
19-20 April 2016 / SMK Seri Menanti, Muar Tahniah...
-
6-10 Mac 2016 / Stadium Sultan Ibrahim Pencapaian SMK Bandar Maharani, Muar Pingat Emas Muhammad Fikri bin Azizan - 400M L18 dan 200M...