3 hb. Julai 2012~ Berlangsung Majlis Kejohanan Balapan dan Padang Berkelompok SMK Bandar Maharani Kali ke-15 dan SK Sultan Abu Bakar 1 Kali ke-49 di Stadium Sultan Ibrahim, Muar. Majlis telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama daripada semua pihak. Turut hadir dalam majlis ini ialah YDP dan NYDP PIBG kedua-dua buah sekolah. Majlis bertambah seri dengan kehadiran perasmi Puan Soheila binti Mahmud, Pengarah Urusan Anugerah ZM Enterprise. Hadiah-hadiah kejohanan telah disampaikan oleh tetamu kehormat dan barisan pentadbir kedua-dua buah sekolah. Semoga kerjasama ini akan dapat meningkatkan mutu sukan kedua-dua buah sekolah dan sekali gus membantu meningkatkan kegemilangan sukan negara Malaysia.
Tuesday, 10 July 2012
Sunday, 8 July 2012
Festival Sains Daerah Muar
Dalam Festival Sains dan Teknologi Daerah Muar di SMK Parit Bunga baru-baru ini, SMK
Bandar Maharani telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Solar
Boat dan Johan dalam Solar Car. Majlis Penyampaian hadiah telah
disempurnakan oleh Tuan Haji Affendi Salleh ( wakil PPD Muar). Pemenang
akan mewakili Daerah Muar ke pertandingan peringkat negeri di Pontian,
Johor. Tahniah buat Nabil Farhan bin Hamsan, Muhd. Shaufiq bin Samian dan Nor Hanis Suhaila binti Warsi serta Puan Suraya Jaffar selaku guru pengiring.
| Tempat Ketiga Solar Boat - Mohd Syahid Azizzuddin dan Mohd Ismail bersama guru pengiring Puan Hindah Ali |
| Pasukan Solar Car sedang menerima hadiah |
Friday, 6 July 2012
Hari Terbuka dan Keusahawanan 2012
Pada 29 hb. Jun 2012, telah berlangsung Majlis hari Terbuka bersama ibu bapa pelajar Tingkatan 1 hingga 5. Sesi taklimat kepada semua ibubapa ( PBS dan Audit Akademik ) telah turut diadakan. Turut hadir bersama ialah YDP PIBG Tuan Haji Mahamud Bulat. Disamping itu jualan di gerai-gerai Kelab/Persatuan turut diadakan sempena Hari Keusahawanan. Sambutan dan kehadiran ibu bapa sangat baik dan amat menggalakkan sekali. Semoga SMKBM akan terus cemerlang.
Sukantara Akhir 2012
Peringkat Akhir Sukantara telah dijalankan bagi acara Lontar Peluru dan Lompat Tinggi bagi Kategori Lelaki & Perempuan A, B dan C.
Sukantara 2012
Sukantara telah dijalankan dimana semua pelajar terlibat dalam acara Lompat Tinggi dan Lontar PeluruPelajar telah menyumbang mata kepada rumah pasukan masing-masing dan membuat lontaran dan lompatan semasa sukantara diadakan.
Tuesday, 26 June 2012
CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Mentor_Mentee_Sahsiah Terpuji
Program mentor_mentee sahsiah pelajar terpuji telah dilaksanakan dengan kerjasama unit bimbingan dan kaunseling serta unit disiplin. terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar yang terlibat dalam program jiwa murni ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
the purple trio listening to a short briefing by the Principal checking their ranking.... the girls were more worried of their class ranking...
-
19-20 April 2016 / SMK Seri Menanti, Muar Tahniah...
-
6-10 Mac 2016 / Stadium Sultan Ibrahim Pencapaian SMK Bandar Maharani, Muar Pingat Emas Muhammad Fikri bin Azizan - 400M L18 dan 200M...