Saturday, 21 July 2012

CIKGU AZMAN NAIK PANGKAT

Cikgu Azman bin Ali telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan kokurikulum di SK Convent Muar mulai 18 Julai 2012. Beliau telah berkhidmat di SMK Bandar Maharani sejak sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1993. Tahniah dan semoga beliau terus cemerlang di sekolah baru. SMKBM merakamkan jutaan terima kasih atas perkhidmatan beliau yang cemerlang semasa di SMKBM. Terima kasih cikgu.
Cikgu Azman berbaju kuning
Pentas ini jadi kenangan_kerana tugas beliau bermula di sini setiap pagi

Ramadhan tiba lagi...

Majlis " IHYA' RAMADHAN" 2012

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Al- Mubarak......

Backdrop...
Bacaan  Qur'an dan terjemahannya....
Guru-guru...
Guru-guru dan sebahagian pelajar..
Sketsa Ramadhan oleh pelajar-pelajar 2 Ibnu Sina..


Sketsa dari puteri-puteri tingkatan 4....
Sketsa " Ramadhan ~ Amalan Baik dan amalan buruk "..
Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Imtiyaz.
Ucapan oleh Ustaz Haji Abdul Halim Talib

Ucapan oleh Tuan Pengetua, Encik Puniran Denan
Penerimaan Al-Qur'an sebagai simbolik Program Tadarrus dibulan Ramadhan...

Tuan Pengetua bersama Encik Fauzi Mohd Yusof ~ Pengerusi Kelab Staf
Penyerahan Kurma dan Aktiviti Ramadhan kepada Ketua Tingkatan...

Jamuan Persaraan

bersama pihak Pengurusan......



bersama warga Kelab Staf........
Ustaz Nasrudin & Haji Nordin bersama isteri....






Friday, 20 July 2012

MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI NASRUDIN TALIP


Rabu, 18 hb. Julai 2012 ~ merupakan hari terakhir Tuan Haji Nasruddin Talip  (Ustaz Nasar) menyemai khidmat bakti sebagai pendidik  di SMK Bandar Maharani dalam usia 58 tahun. Mula berkhidmat di SMK Bandar Maharani mulai tahun 2002 sebagai Ketua Bidang Sains Sosial ~berpengalaman sebagai guru  subjek Pendidikan Agama Islam, Syariah Islamiah, Al Quran Sunnah dan Bahasa Arab Tinggi yang menyumbang 100 % kelulusan SPM setiap tahun. Merupakan seorang pendidik yang sentiasa gigih untuk anak muridnya. Majlis persaraan beliau telah diadakan secara ringkas dan amat bermakna bersama seluruh warga SMKBM.. Selamat Bersara Ustaz..Semoga ustaz sentiasa ceria dan berbahagia selalu bersama keluarga...

















Thursday, 19 July 2012

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2011

Majlis APC 2011 telah berlangsung di dewan Wawasan PPD Muar. Majlis disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Tn.Hj.Ahmad bin Othman. GPK HEM dan GPK Kokurikulum SMKBM antara yang menerima anugerah pada slot sesi pagi. Tahniah

Ingatan kepada para pelajar