Sunday, 9 January 2011

AKTIVITI HARI SABTU

Pada hari Sabtu 08 Januari 2011 merupakan hari sabtu pertama dalam sesi persekolahan 2011. Aktiviti bagi pelbagai bahagian telah mula rancak berjalan. Minggu suai kenal asrama bagi pelajar baru maseh berjalan. Guru-guru yang berpeluang mengadakan kelas bimbingan juga tidak melepaskan waktu ini. Terima kaseh kepada guru-guru yang sedia berkorban untuk kejayaan warga SMKBM. Terima kaseh.

Photobucket
cikgu Hjh.Norhayati Hamzah dengan calon SPM 2011
Photobucket
Cikgu Sarifah dengan calon PMR
Photobucket
Calon PMR 2011
Photobucket
Suaikenal asrama1
Photobucket
suaikenal asrama 2
Photobucket
suaikenal asrama 3
Photobucket
suaikenal asrama 4
Photobucket
pekerja swasta pembersihan kawasan

Thursday, 6 January 2011

ANUGERAH KECEMERLANGAN PMR

Bersempena mesyuarat kurikulum daerah yang diadakan di SMKA Maahad Muar pada hari ini 06 Januari 2011, SMK Bandar Maharani dianugerahkan sijil kecemerlangan peningkatan peratus lulus selama tiga tahun berturut-turut bagi enam matapelajaran. Saya bagi pihak pengurusan SMKBM merakamkan ucapan jutaan terima kaseh atas kerjasama semua pihak selama ini. Tahniah dan syabas kepada guru-guru, ibu bapa penjaga, calon-calon PMR 2008, 2009 dan 2010. Juga tidak lupa kepada PIBG yang telah membantu dalam semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Terima kaseh juga kepada semua staf sokongan sekolah dan asrama yang turut menyumbang terhadap kejayaan ini. Tahniah

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Monday, 3 January 2011

HARI PERTAMA 2011

Hari pertama persekolahan 2011 bermula dalam suasana ceria. Pelajar telah berkumpul di dataran sejak jam 7.10 pagi lagi. Tepat jam 7.20 perhimpunan resmi sekolah berlangsung. Berikut adalah gambaran suasana sekolah pada hari tersebut.
Photobucket
Amanat Pengetua tentang halatuju SMKBM dan Dasar KPM
Photobucket
Ikrar Guru
Photobucket
Ikrar Pelajar
Photobucket
Bersama menyanyikan lagu Kebangsaan
Photobucket
Pelajar baru tingkatan satu _ segak dan kemas
Photobucket
mengaminkan doa untuk kerahmatan dan kejayaan
Photobucket
ceria dipagi awal tahun baru
Photobucket
Barisan Kepimpinan dan Guru-guru
Photobucket
Pelajar 9A PMR
Photobucket
Penolong Kanan _ Hjh.Noraini Mohd Noor
Photobucket
Barisan Kepemimpinan

Sunday, 2 January 2011

Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan Satu

Pada 01 Januari 2011 berlangsung pendaftaran pelajar baru tingkatan satu dan peralihan. SMKBM menerima jumlah pelajar bagi 5 kelas aliran perdana, 2 kelas rancangan khas agama dan sebuah kelas peralihan. Pada 02 Januari 2011 pula berlangsung pendaftaran pelajar-pelajar yang ditempatkan di asrama. Kepada semua guru yang bertugas diucapkan ribuan terima kaseh.

Photobucket
Us.Husein (Penyelia agama PPD Muar) memberikan taklimat
Photobucket
YDP PIBG Tn.Hj.Mahmud Bulat menyampaikan amanatnya
Photobucket
Penyelia asrama_Pn.Shelley mendaftarkan pelajar asrama
Photobucket
Kaunselor_Hjh.Nur Fariza dan Penolong Kanan_Hjh.Noraini dimeja pendaftaran
Photobucket
Pelajar dan ibu bapa yang mendengar taklimat pengurusan
Photobucket
Beratur untuk mendaftar di kelas
Photobucket
Sabar menunggu giliran mendaftar

Saturday, 1 January 2011

MAJLIS JASA MU DIKENANG

Pada 30 Disember 2010 pihak sekolah dengan kerjasama kelab staf telah mengadakan majlis bagi meraikan persaraan Pn.Hjh.Fawziah binti Silan dari perkhidmatan. Beliau bersara selepas menabur bakti sebagai pembantu tadbir semenjak tahun 1973. SMKBM mengucapkan jutaan terima kaseh atas khidmat cemerlang yang beliau telah laksanakan. Pada majlis yang sama juga kelab staf meraikan guru-guru yang berpindah sekolah. Antaranya Cik Hjh.Noraini binti Mohd Yusof GPK, dan Pn.Fauziah binti Salim. Semoga rakan guru yang bertukar ini dapat menabur bakti dengan lebih cemerlang ditempat baru.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Friday, 31 December 2010

PENDAFTARAN TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN

Kepada ibu bapa penjaga pelajar tingkatan satu supaya dapat menghadirkan diri pada hari pendaftaran baru iaitu 01 Januari 2011 (Sabtu) mulai jam 8.30 pagi. Tarikh pendaftaran asal terpaksa dipinda kerana cuti umum di seluruh negara. Sekian harap maklum.

Tuesday, 28 December 2010

PEMBELIAN BARANGAN SEKOLAH DI KOPERASI SMKBM

Bermula hari ini 28 Disember 2010 ibu bapa penjaga pelajar SMK Bandar Maharani boleh membeli peralatan sekolah seperti buku dan alat tulis terus dari koperasi sekolah. Koperasi akan beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga jam 2.00 petang mulai hari ini hingga sekolah dibuka pada 3 Januari 2011. Koperasi ditutup pada cuti umum. Kepada ibu bapa dan penjaga pelajar digalakkan untuk berurusan dengan segera dan cuba mengelakkan membeli disaat akhir atau pada sesi persekolahan. Ini dapat membantu guru-guru koperasi untuk memberikan tumpuan kepada pembelajaran dan pengajaran pelajar. Terima kaseh.
Photobucket
Photobucket

Ingatan kepada para pelajar