Thursday, 21 April 2011

KAWAD KAKI NGO

Pada 20 & 21 April 2011 telah berlangsung pertandingan kawad kaki NGO, KRS dan GO lelaki di SMK Dato Sri Amar Diraja. Sekolah kita telah menghantar satu platun NGO iaitu Pengakap Laut . Mereka telah menunjukkan persembahan yang amat mantap. Walaubagaimanapun kemenangan tempat Johan atau Naib Johan yang diharapkan tidak berpihak kepada sekolah kita. Kita berada ditempat ketiga selepas Sekolah Dato Sri Amar DiRaja dan Sekolah Tinggi Muar. Persaingat sengit adalah antara Sekolah Dato dan SMKBM namuni kemenangan Sekolah Tinggi ditempat kedua mencuri tumpuan. Apapun syabas dan penghargaan kepada semua ahli platun yang telah memberikan yang terbaik. Kita teruskan perjuangan pada tahun hadapan ya..

Photobucket
Pasukan Pengakap Laut SMKBM
Photobucket
Ketua Platun menerima hadiah daripada PPD Muar
Photobucket
GPK Koko bersama Pn.Nur Hanizah (kanan_Pengakap) dan Pn.Hindah (tengah_Pasukan Puteri Islam)
Photobucket
Dihari pertandingan
Photobucket
Latihan terakhir
Photobucket
membuat march
Photobucket
menerima command
Photobucket
segak berbaris

Wednesday, 20 April 2011

BULAN AKADEMIK_BAHASA

Pada 18 April 2011 bidang bahasa, telah menjalankan aktiviti sempena Bulan Akademik. Antara pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan mendeklamasi sajak.
Photobucket
Mohd Ghadafi Mohd Rafi _5A
Photobucket
Siti Fatimah Ahmad_5B
Photobucket
Nur Farain Jais_4C
Photobucket
Nur Asyikin Yazid_4B
Photobucket
Kumpulan peserta yang mengambil bahagian

KEM FIZIK DAERAH

Pada 16 dan 17 hb April 2011 yang lalu, SMKBM  telah menghantar 3 orang pelajar Tingkatan 4 ke Kem Fizik yang berlangsung di Kem Modal Insan, Parit Penghulu, Merlimau,  Melaka anjuran Panitia Fizik Daerah Muar dan PPD Muar. Pelajar terlibat adalah Muhammad Fakhrullah Ahmad 4B, Muhammad NurHakim Badri 4AF dan Nurfarahani Idris 4AF. Antara aktiviti ialah pendedahan kepada Teknik Menjawab Fizik kertas 2 olah GC Puan Norliya Ismail dan Hajah Kamariah Amin  manakala Kertas 3 telah disampaikan oleh Cik Hajah Rokiah Roslan GC Fizik Negeri Melaka. Selain itu program Explorace dan Fizik, Jungle Tracking and Survival, Night Walk   turut dijalankan

Photobucket
Kain rentang mengalu-alukan peserta
Photobucket
Taklimat awal kepada peserta
Photobucket
Jurulatih berkongsi pengalaman
Photobucket
Pelajar mencuba teori kestabilan
Photobucket
Aktiviti secara hand-on selari dengan teori dalam fizik

Photobucket
Menikmati jamuan
Photobucket
Banyak ujian yang diberikan kepada peserta
Photobucket
Menguji ketepatan dan keseimbangan

Friday, 15 April 2011

KUIZ PENDIDIKAN ISLAM_BULAN AKADEMIK SAINS SOSIAL

Pada 15 April 2011 telah diadakan kuiz pengetahuan Islam oleh Panitia Pendidikan Islam. Kuiz dijalankan dengan pelajar-pelajar menjawab soalan secara sepontan daripada juru kuiz Ustaz Mohd Fadhli b Abd Nasir.  Sebagai penghargaan pihak koperasi telah bermurah hati memberikan cenderahati yang disampaikan oleh Tuan Pengetua Encik Puniran bin Denan.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Thursday, 14 April 2011

TAKLIMAT BERSAMA KONTRAKTOR KESELAMATAN / PEMBERSIHAN

Pada 13 April 2011 pihak pengurusan telah bertemu dengan kontraktor kawalan keselamatan dan kontraktor pembersihan dalam usaha jalinan win-win situation bagi kebaikan sekolah. Dalam pertemuan tersebut banyak perkara teguran audit dalam telah disampaikan dan pihak kontraktor telah memahami hasrat sekolah untuk melaksanakan konsep sekolah selamat, bersih dan ceria. Turut serta dalam pertemuan tersebut ialah ketua pembantu tadbir dan wakil-wakil pekerja kawalan keselamatan dan pembersihan. 

Photobucket
Pengetua mempengerusikan sesi pertemuan dengan kontraktor dan pekerja swasta sekolah
Photobucket
Wakil kontraktor pembersihan

HARI KOAKADEMIK YANG CEMERLANG

Pada 13 April 2011 telah berlangsung pertandingan pidato, bahas, dan forum melibatkan semua sekolah di daerah Muar dan Ledang. SMK Bandar Maharani berjaya memasuki peringkat akhir bagi 2 kategori iaitu pidato dan forum remaja. SMKBM dalam peringkat akhir telah berjaya mengungguli pengerusi forum remaja terbaik, dengan pasukan forum SMKBM menduduki rangking ke-4 terbaik daerah. Manakala pemidato SMKBM mendapat tempat ke-6 di peringkat akhir ini. Tahniah dan syabas kepada peserta yang berjaya dan terima kaseh kepada guru-guru pembimbing Pn.Sariffah Muhamad dan Tn.Hj.Mazlan Kasdi.


Photobucket
Pasukan Forum Remaja_bersama guru pembimbing
Photobucket
Hadiah kemenangan disampaikan oleh Tuan PPD Muar
Photobucket
Pemidato SMKBM beraksi
Photobucket
Pasukan Forum Remaja_menduduki rank ke-4 Daerah Muar dengan Pengerusi Forum _menjadi Johan Pengerusi Terbaik


Di SMKBM pada petang 13 April 2011 diadakan pertandingan koakademik bagi mencungkil bakat-bakat baru bagi diketengahkan dalam pertandingan peringkat daerah pada tahun akan datang. Semalam berlangsungnya pertandingan nasyid. Diharap dengan usaha-usaha ini SMKBM akan terus melahirkan pelajar-pelajar yang berbakat dan berketrampilan.


Photobucket
Peserta koakademik_peserta nasyid yang mengambil bahagian dalam perujian
Photobucket
Pasukan dengan gaya tersendiri
Photobucket
Pasukan 1 Malaysia
Photobucket
Putera 1 Malaysia

Monday, 11 April 2011

SMKBM DRIFT

Pada 10 April 2011 berlangsung pertandingan kereta kawalan jauh. Aktiviti yang dipertandingkan termasuk membina casis terbaik dan perlumbaan drift. Sambutan yang baik diterima daripada peminat kereta kawalan ini sehingga ada penyertaan dari Seremban. Tahniah kepada Bidang Teknik dan Vokasional yang melahirkan aktiviti ini sempena bulan akademik mereka. 

Photobucket
Album_peserta SMKBM drift
Photobucket
Johan autoshow
Photobucket
Naib Johan
Photobucket
Tempat ke-3
Photobucket
Kereta dipamerkan sebelum pertandingan
Photobucket
Peserta paling muda yang mengambil bahagian
Photobucket
Mencuba kereta kawalan jauh
Photobucket
Peserta membuat drift
Photobucket
Gelanggang drift SMKBM
Photobucket
Sampai terlanggar kon_semasa membuat drift
Photobucket
Pengetua_melihat kereta yang mengambil bahagian
Photobucket
Ucapan_mengalu-alukan kehadiran peserta
Photobucket
Peserta_menerangkan rekaan kereta mereka
Photobucket
Hasil inovasi
Photobucket
Hasil inovasi pelajar SMKBM
Photobucket
SMKBM_berbakat besar
Photobucket
Cantik dan berkuasa
Photobucket
Pelbagai rekaan
Photobucket
Paling menarik perhatian
Photobucket
Melentru buluh dari rebungnya

Ingatan kepada para pelajar