Bersempena bulan Syaaban yang mulia ini panitia pendidikan Islam dengan kerjasama MAKDIS telah mengadakan slot ceramah Israk dan Mikraj. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Hidzir (Mudir) SMA Kesang Tasek Ledang.
Friday, 15 July 2011
PROGRAM KLINIKAL UNTUK CALON HARAPAN
Panitia Kimia telah mengorak langkah mengadakan kelas klinikal untuk calon harapan dalam SPM. Panitia lain-lain matapelajaran sedang mengorak langkah yang sama.
PEMENANG PERADUAN MELUKIS ANJURAN PARLIMEN BAKRI
Tiga orang pelajar SMKBM yang mewakili sekolah telah berjaya menggondol tiga tempat teratas dalam pertandingan melukis anjuran Pusat Khidmat Parlimen Bakri.
Saturday, 9 July 2011
FESTIVAL NASYID KEBANGSAAN 2011
Festival Nasyid Kebangsaan Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan dari 5 - 8 Julai bertempat di SMKA Maahad Muar. SMK Bandar Maharani diberi amanah sebagai Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata. Terima kasih kepada semua AJK yang telah memberikan komitmen yang tinggi hingga kerja-kerja yang diamanahkan dapat dijayakan dengan lancar.
| J/K Hadiah & Cenderamata bersama J/K Pengacaraan Majlis |
| J/K Hadiah _ semasa majlis penutup |
| Perasmian majlis_YB Dato Razali Ibrahim (Tim.Menteri Belia dan Sukan) |
| Majlis Perasmian |
| Kumpulan Saujana _ menyerikan majlis |
| Mengabadikan kenangan_sebelum majlis penutup dan penyampaian hadiah |
Monday, 4 July 2011
PELANCARAN HARI KOPERASI
Bertempat di dataran SMKBM majlis pelancaran Hari Koperasi Sekolah telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Bandar Maharani. Bersempena dengan pelancaran tersebut diadakan pemilihan tokoh keusahawanan dan pembeli aktif di koperasi. Pelancaran majlis tersebut diserikan lagi dengan upacara menanam pokok melambangkan betapa cintanya kita kepada alam sekitar.
| Majlis Perasmian oleh Pengetua SMK Bandar maharani |
| Tokoh Keusahawanan |
| Pembeli paling aktif |
| Bersama menjaga alam sekitar dengan menanam pokok |
| Meletakkan baja dan tanah |
| Menanam pokok sebagai lambang sayangkan alam sekitar |
PEMANTAU REKOD KEWANGAN SEKOLAH
Pada hari ini 4 Julai 2011 telah berlangsung pemantauan dalaman oleh rakan-rakan Ketua Pembantu Tadbir Hj.Mohamad Safee bin Yusak dan Pembantu Tadbir Kewangan Cik Nurrul Ateeqka binti Maleeza Haleem dari SMK Sungai Abong. Pemantauan ini dibuat bagi menyemak dari masa kemasa kekemasan rekod kewangan dibuat mengikut prosedur kewangan. Mereka dibantu oleh Ketua Pembantu Tadbir SMK Bandar Maharani.
Saturday, 2 July 2011
LARIAN 1MURID 1SUKAN 1 MALAYSIA
Pada hari ini 2 Julai 2011 bewrlangsungnya larian 1M 1S 1Malaysia.Semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat dan lain-lain yang berminat. Pelancaran peringkat kebangsaan diadakan di Padang Dataran Perbandaran (Padang Esplanade), Taiping, Perak Darul Ridzuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
the purple trio listening to a short briefing by the Principal checking their ranking.... the girls were more worried of their class ranking...
-
19-20 April 2016 / SMK Seri Menanti, Muar Tahniah...
-
6-10 Mac 2016 / Stadium Sultan Ibrahim Pencapaian SMK Bandar Maharani, Muar Pingat Emas Muhammad Fikri bin Azizan - 400M L18 dan 200M...