Kepada calon-calon PMR 2011, kami warga SMKBM mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan PMR. Setelah kita berusaha sebaik mungkin kini tiba masanya anda semua mengambil peluang untuk membuktikan bahawa usaha kita selama ini perlu diterjemahkan dalam bentuk kesediaan menghadapi peperiksaan besar ini. Selamat menjawab dengan tenang, selamat maju jaya.
Tuesday, 4 October 2011
Sunday, 2 October 2011
MUKHAYAM BAHASA ARAB PERINGKAT NEGERI
Program mukhayam Bahasa Arab peringkat negeri Johor telah selamat disempurnakan. Program yang berlangsung dari 1 Okt hingga 2 Okt 2011 ditutup rasmi oleh Ustaz Azman Ketua unit SPI JPN Johor.
PUISI DAN LAGU_RUKUN NEGARA
Pertandingan puisi dan lagu anjuran PPD Muar dengan kerjasama Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional telah diadakan di SMK Dato Sri Amar Di Raja Muar. SMKBM mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut.Tahniah kepada cikgu Azman yang telah mencipta lagu dan puisi serta melatih kumpulan ini. Syabas
| Fatin Najiah_pendeklamator puisi |
| Nurhanis Suhaila_penyanyi puisi |
| Amer Hakim dan Anuar_pemain gitar aquistik |
| Hjh.Halijah, Pn.Sharifah dan Pn.Hanizah_pengurus merangkap jurulatih |
Saturday, 1 October 2011
SOLAT HAJAT MAKBUL PMR SPM
Majlis solat hajat sempena peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ini telah diadakan pada hari Khamis 29 September 2011.
Saturday, 24 September 2011
PENCARIAN BAKAT
Program pencarian bakat dalam bidang sukan terus berlangsung di SMKBM. Sesuai dengan matlamat KPM menghendaki sukan dijalankan sepanjang tahun, SMKBM mengadakan aktiviti pencarian bakat khasnya kepada pelajar tingkatan 1, 2, dan 4. Program berlangsung dengan kerjsama dari semua guru. Semoga akan lahir bakat-bakat besar dari SMKBM suatu hari nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
the purple trio listening to a short briefing by the Principal checking their ranking.... the girls were more worried of their class ranking...
-
19-20 April 2016 / SMK Seri Menanti, Muar Tahniah...
-
6-10 Mac 2016 / Stadium Sultan Ibrahim Pencapaian SMK Bandar Maharani, Muar Pingat Emas Muhammad Fikri bin Azizan - 400M L18 dan 200M...