Friday, 2 July 2010

Program Hari Jumaat

Pagi Jumaat adalah khas untuk program kerohanian dan moral. Pagi ini pertama kalinya Program Pembinaan Insan bagi murid-murid Cina dibantu oleh Persatuan Penjagaan Komuniti Agape Malaysia, satu badan NGO yang mengendalikan program motivasi. Program ini dikendalikan oleh Cik Tay Peng Theng bersama-sama dengan semua guru Cina. Murid-murid ini kemudiannya akan dibagikan mengikut kelompok dan diberikan motivasi oleh motivator yang mahir. Pihak sekolah berbesar hati menerima sumbangan NGO ini untuk membantu membimbing murid-murid SMKBM menjadi insan seimbang.
Manakala murid-murid dan semua guru muslim berkumpul di dataran mengikuti Program Budaya Al-Quran. Tajuk bicara hari ini ialah Doa, adap dan hikmahnya. Program hari ini dipimpin oleh Ustaz Mohd Noh.  Murid-murid India pula mengikuti Program Moral yang dikendalikan oleh Pn Punitha dan programnya menggunakan Modul Khas yang telah dihasilkan oleh guru-guru Pendidikan Moral.

1 comment:

  1. Semoga usaha yang digerakkan ini dapat membantu pelajar-pelajar SMKBM bangkit mencipta kecemerlangan. SMKBM Top 5

    ReplyDelete

Ingatan kepada para pelajar