Ustaz Nasrudin Hj Hashim dan Ustaz Azhar Bin Tumin Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam JPNJ telah datang pada 11.45 pagi tadi untuk memantau ULBS Bahasa Arab. Ustazah Nor Yazidah, Ustaz A Halim dan Ustaz Mohamad Noh telah hadir bersama-sama semasa pemantauan dibuat. Perbincangan dijalankan di Bilik Bahasa Arab dan Pendidikan Islam. Laporannya adalah baik. Semoga segala usaha untuk meningkatkan lagi pencapaian Bahasa Arab diberkati Allah.


No comments:
Post a Comment