Saturday, 2 April 2011

PERISTIWA 31 MAC 2011

Pada hari ini 31 Mac2011 berlangsungnya mesyuarat pemilihan calon-calon penerima biasiswa oleh unit HEM SMKBM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Hjh.Redziah (HEM) mewakili pengetua yang terlibat dengan mesyuarat Audit Akademik PPD Muar. Hadir sama Tn.Hj.Idris Sehan Ketua Kampong Sabak Awor yang mewakili ibu bapa penjaga.

Photobucket
Hjh.Redziah mempengerusikan mesyuarat biasiswa
Photobucket
Ahli mesyuarat
Photobucket
guru kelas yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa pemilihan

Pada waktu yang sama kelas ulangkaji SPM bagi matapelajaran Bahasa Melayu dijalankan pada sesi petang dengan Pn.Hjh.Rokiah bertindak sebagai fasilitator.

Photobucket
Pelajar kelas ulangkaji tekun mengikuti kelas

Di dataran SMKBM pasukan kawad kaki Puteri Islam sedang giat menjalani latihan bagi pertandingan peringkat daerah. Semoga SMKBM akan berjaya mencatat kecemerlangan pada tahun ini.

Photobucket
Pasukan Puteri Islam dengan jurulatih
Photobucket
Segak bersedia

No comments:

Post a Comment

Ingatan kepada para pelajar