Friday, 2 July 2010

Program Hari Jumaat

Pagi Jumaat adalah khas untuk program kerohanian dan moral. Pagi ini pertama kalinya Program Pembinaan Insan bagi murid-murid Cina dibantu oleh Persatuan Penjagaan Komuniti Agape Malaysia, satu badan NGO yang mengendalikan program motivasi. Program ini dikendalikan oleh Cik Tay Peng Theng bersama-sama dengan semua guru Cina. Murid-murid ini kemudiannya akan dibagikan mengikut kelompok dan diberikan motivasi oleh motivator yang mahir. Pihak sekolah berbesar hati menerima sumbangan NGO ini untuk membantu membimbing murid-murid SMKBM menjadi insan seimbang.
Manakala murid-murid dan semua guru muslim berkumpul di dataran mengikuti Program Budaya Al-Quran. Tajuk bicara hari ini ialah Doa, adap dan hikmahnya. Program hari ini dipimpin oleh Ustaz Mohd Noh.  Murid-murid India pula mengikuti Program Moral yang dikendalikan oleh Pn Punitha dan programnya menggunakan Modul Khas yang telah dihasilkan oleh guru-guru Pendidikan Moral.

Thursday, 1 July 2010

Audit Akademik Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Mesyuarat Kurikulum ke-4 dan audit akademik peperiksaan pertengahan tahun 2010 telah diadakan petang Khamis 1 Julai 2010 di Bilik Gerakan dengan dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, En Puniran Bin Denan. Pembentangan telah dimulai dengan keputusan subjek calon-calon PMR. Kemudian diikuti oleh keputusan subjek SPM. Fokus ialah pada subjek teras BM,BI,Sains, Matematik dan Sejarah. Ketua-ketua Panitia dan semua guru telah menunjukkan komitmen dan bersedia untuk menjalankan pelan tindakan untuk memperbaiki keputusan PMR dan SPM 2010 nanti.

Peringatan : PMR & SPM

PMR dan SPM semakin hampir......

PMR 
Ujian Bertulis     5-7 Oktober 2010
                         11-12 Oktober 2010

SPM
Amali               19-21 Oktober 2010
Ujian Bertulis    22 November-16 Disember 2010












Semak Jadual :
Jadual Waktu SPM 2010
dan   Jadual Waktu PMR 2010





Wednesday, 30 June 2010

Belajar Sambil Melawat

Ahli-ahli Kelab Keselamatan Jalanraya telah dibawa melawat sambil belajar ke Kampung Parit Bugis, Seri Medan Batu Pahat. 39 orang ahli kelab bersama guru pengiring Pn Ho dan Pn Chia telah melawat kampung ini pada 6 Jun 2010. Mereka yang terdiri daripada murid-murid Cina telah didedahkan dengan warisan budaya dan kehidupan orang-orang Melayu keturunan Bugis. Semoga dengan lawatan ini murid-murid ini akan lebih memahami kebudayaan dan warisan orang-orang Melayu dan dapat dimanafaatkan dalam kehidupan seharian mereka.

Tahniah SMK Bandar Maharani !!!

Tuan Pengetua En Puniran Bin Denan telah menghadiri Audit Akademik dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pelajaran Johor Bil 1/2010 pada 29 Jun 2010 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, di Johor Bahru. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Sufa'at Bin Tumin Pengarah Jabatan Pelajaran Johor. SMK Bandar Maharani telah dianugerahkan Sijil Penghargaan kerana memperolehi :
1 Penarafan Kendiri Sekolah Menengah 2009 Menggunakan Instrumen SKPM (Pengurusan Berkualiti SKPM Melebihi 90%)
2 Pencapaian Terbaik Pendidikan Islam PMR Kategori Sekolah-sekolah Harian Biasa Luar Bandar bagi Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009 Negeri Johor
3 Penerima Kedua Anugerah Lonjakan Akademik KAA SPM 2009
Selain itu, tahniah juga untuk Tuan Pengetua kerana telah menerima Anugerah bagi IPQ Pengurusan/Kepimpinan Pengetua 2009 (Pencapaian melebihi 90%).

Agar kejayaan ini menjadi pendorong untuk kita warga SMKBM berusaha lebih gigih lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

Tuesday, 29 June 2010

Hari Selasa 29 Jun 2010

Peristiwa hari ini :
1 Peperiksaan KKQ Tahun 2010 dari 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Peperiksaan ini telah diuruskan oleh Ustaz Mohamad Noh
2 Lawatan Pengesanan Pelaksanaan Instrumen Pentaksiran Tahun 2010 untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ketua Panitia KH Pn Ho Li Fung bersama-sama GKMP Pn Hjh Hamidah telah mengiringi pemantau En Mazlan.

Belajar Membina Pintu Gerbang

Ingatan kepada para pelajar