Sunday, 4 July 2010

English Zone

Block B and Block C is labelled as English Zone. Students and teachers are encouraged to speak English at this area. Some of our students creative work has been put up nicely. More will come up later. Teachers in-charge are Pn Intan and Cik Norwin.

For the school we love for ever..

They even came to school on Sunday. Three students of 4 SRT came to paint the mural on one of the walls at the school canteen. Thank You Boys

Puteri Islam Camping Closing Day 4th July 2010


Saturday, 3 July 2010

Perkhemahan Persatuan Puteri Islam

Ahli-ahli Persatuan Puteri Islam sedang mengikuti Perkhemahan Persatuan Puteri Islam yang bermula sejak semalam Jumaat 2 Julai 2010 jam 3.00 petang dan akan berakhir esok Ahad 4 Julai 2010. Perkhemahan kali ini dipimpin oleh Komandan Kem Pn Zalila. Semua guru penasihat Persatuan Puteri Islam dan guru-guru yang sudi membantu telah turut memberi sumbangan untuk kejayaan perkhemahan ini. Hujan dan panas terus diharungi oleh puteri-puteri berani ini. Kejayaan puteri-puteri ini akan membakar semangat warga SMKBM yang lain nanti, insyaAllah. Tahniah puteri-puteri dan guru-guru terlibat.
Seronok belajar mendirikan khemah

Belajar mengoreng telur dari Pengetua


 
Belajar memasak secara pukal....

Friday, 2 July 2010

Program Hari Jumaat

Pagi Jumaat adalah khas untuk program kerohanian dan moral. Pagi ini pertama kalinya Program Pembinaan Insan bagi murid-murid Cina dibantu oleh Persatuan Penjagaan Komuniti Agape Malaysia, satu badan NGO yang mengendalikan program motivasi. Program ini dikendalikan oleh Cik Tay Peng Theng bersama-sama dengan semua guru Cina. Murid-murid ini kemudiannya akan dibagikan mengikut kelompok dan diberikan motivasi oleh motivator yang mahir. Pihak sekolah berbesar hati menerima sumbangan NGO ini untuk membantu membimbing murid-murid SMKBM menjadi insan seimbang.
Manakala murid-murid dan semua guru muslim berkumpul di dataran mengikuti Program Budaya Al-Quran. Tajuk bicara hari ini ialah Doa, adap dan hikmahnya. Program hari ini dipimpin oleh Ustaz Mohd Noh.  Murid-murid India pula mengikuti Program Moral yang dikendalikan oleh Pn Punitha dan programnya menggunakan Modul Khas yang telah dihasilkan oleh guru-guru Pendidikan Moral.

Thursday, 1 July 2010

Audit Akademik Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Mesyuarat Kurikulum ke-4 dan audit akademik peperiksaan pertengahan tahun 2010 telah diadakan petang Khamis 1 Julai 2010 di Bilik Gerakan dengan dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, En Puniran Bin Denan. Pembentangan telah dimulai dengan keputusan subjek calon-calon PMR. Kemudian diikuti oleh keputusan subjek SPM. Fokus ialah pada subjek teras BM,BI,Sains, Matematik dan Sejarah. Ketua-ketua Panitia dan semua guru telah menunjukkan komitmen dan bersedia untuk menjalankan pelan tindakan untuk memperbaiki keputusan PMR dan SPM 2010 nanti.

Peringatan : PMR & SPM

PMR dan SPM semakin hampir......

PMR 
Ujian Bertulis     5-7 Oktober 2010
                         11-12 Oktober 2010

SPM
Amali               19-21 Oktober 2010
Ujian Bertulis    22 November-16 Disember 2010












Semak Jadual :
Jadual Waktu SPM 2010
dan   Jadual Waktu PMR 2010





Ingatan kepada para pelajar