Friday 31 December 2010

PENDAFTARAN TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN

Kepada ibu bapa penjaga pelajar tingkatan satu supaya dapat menghadirkan diri pada hari pendaftaran baru iaitu 01 Januari 2011 (Sabtu) mulai jam 8.30 pagi. Tarikh pendaftaran asal terpaksa dipinda kerana cuti umum di seluruh negara. Sekian harap maklum.

Tuesday 28 December 2010

PEMBELIAN BARANGAN SEKOLAH DI KOPERASI SMKBM

Bermula hari ini 28 Disember 2010 ibu bapa penjaga pelajar SMK Bandar Maharani boleh membeli peralatan sekolah seperti buku dan alat tulis terus dari koperasi sekolah. Koperasi akan beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga jam 2.00 petang mulai hari ini hingga sekolah dibuka pada 3 Januari 2011. Koperasi ditutup pada cuti umum. Kepada ibu bapa dan penjaga pelajar digalakkan untuk berurusan dengan segera dan cuba mengelakkan membeli disaat akhir atau pada sesi persekolahan. Ini dapat membantu guru-guru koperasi untuk memberikan tumpuan kepada pembelajaran dan pengajaran pelajar. Terima kaseh.
Photobucket
Photobucket

PENDAFTARAN TINGKATAN PERALIHAN, SATU DAN RKA

Photobucket

Dimaklumkan bahawa pendaftaran pelajar baru bagi tingkatan peralihan, satu dan rancangan khas aliran agama akan dilaksanakan pada 31 Disember 2010 mulai jam 8.30 pagi. Surat siaran yang telah diedarkan lebih awal berkaitan dengan tarikh pendaftaran dengan ini dipinda kepada tarikh baru ini. Sekian harap dapat kerjasama dari semua pihak. Satu banting tentang makluman ini telah dipaparkan di pintu masuk sekolah. Sekian terima kaseh.

Monday 27 December 2010

SERAH TUGAS PEMBANTU TADBIR KEWANGAN

Pn.Hjh.Fawziah binti Silan Pembantu Tadbir (Kewangan) akan bersara secara pilihan mulai 31 Disember 2010. Hari ini berlangsung upacara menandatangani serah tugas kepada pengganti beliau Pn.Zalinda binti Haron. Peristewa ini disaksikan oleh Tn.Pengetua dan Ketua Pembantu Tadbir En.Shukor bin Othman. Kepada Pn.Fawziah, warga SMKBM mengucapkan selamat bersara, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Selamat bersara. 


Photobucket

Thursday 23 December 2010

PMR 2010 Tahniah SMKBM

KEPUTUSAN PMR 2010

Tahniah SMK Bandar Maharani mencapai peratus menguasai 72.50% dengan GPS 2.74. Senarai Pelajar Cemerlang dengan 9A
1) Syaza Diyana Nadhirah BT Mohamad Suhaini
2) Norliyana BT Jasmi
8A 1B - 2 orang,
7A 2B - 4 orang,
7A 1B 1C - 1 orang,
6A 3B - 3 orang,
5A 4B - 5 orang,
4A 4B - 3 orang,
Semoga dengan pencapaian ini akan membakar semagat warga SMKBM untuk lebih cemerlang di masa akan datang.

Wednesday 22 December 2010

23 DISEMBER _ KEPUTUSAN PMR

Esok 23 Disember 2010, keputusan PMR akan diumumkan. Calon-calon sekolah boleh mengambil keputusan PMR masing-masing di sekolah mulai jam 10.00 pagi. Sila berpakaian kemas semasa mengambil keputusan. Warga SMKBM mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk semua calon PMR 2010.

Wednesday 15 December 2010

DEWAN TERTUTUP SMKBM

Kerja-kerja awal pembinaan dewan tertutp SMKBM sedang bejalan rancak. Kerja pembersihan tanah dan penambakan kawasan sedang giat dijalankan. Semoga dengan siapnya dewan tertutup ini warga SMKBM dan masyarakat setempat Kg.Sabak Awor mendapat limpahan kemudahan.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Saturday 11 December 2010

WAJAH BARU PANDANGAN HADAPAN SMKBM

Pagar sekolah telah berwajah baru. Pekerja swasta dengan bantuan staf sokongan telah mencantikkan pandangan hadapan pintu masuk SMKBM. Semoga keceriaan ini menambahkan azam warga SMKBM untuk lebih cemerlang pada tahun 2011.
Photobucket
Photobucket

Tuesday 7 December 2010

1 Muharram 1432 Hijrah

Hari ini 1 Muharram 1432H patut menjadi titik mula bagi semua warga SMK Bandar Maharani menggorak langkah ber"hijrah" dari mendapat kebaikan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik lagi. Semua patut bersemangat untuk menjalani proses transformasi untuk mencapai kekuatan jati diri dan pencapaian prestasi lebih cemerlang dalam segala bidang kehidupan.

Semoga Allah memberkati hidup ini, dan kita semua tetap mengharapkan keredhaan-Nya serta syafaat Nabi Muhammad SAW.

Selamat Menyambut Maal Hijrah.

Friday 3 December 2010

Sederap Bersama Pengarah

Majlis Perjumpaan Pengarah Pelajaran Johor bersama Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Muar, Ledang dan Segamat Tahun 2010. Pengarah baru Tn Hj Markom bin Giran telah menyampaikan amanatnya pada 2 Disember 2010 di Dewan Sri Ledang, Kolej Matrikulasi Johor.

Saturday 27 November 2010

Guru baru

ustz mohd fadhli
Ustaz Mohd Fadhli b Abd Nasir
cik noraihan
Cik Noraihan binti Idris
Dua orang guru baru telah melapor diri pada Selasa 23 November 2010. Ustaz Mohd Fadhli lulusan UKM sementara Cik Noraihan pula lulusan dari UTM. Semoga mereka berdua akan berkhidmat dengan cemerlang di SMKBM

Wednesday 24 November 2010

Kerja masa cuti sekolah

kerja masa cuti

Hari Ke-2 SPM 2010

kalau begini sepanjang tahun..
masih sempat melihat catatan
Photobucket
Pn Hjh Rokiah memberi kata perangsang untuk menjawab kertas Bahasa Inggeris
pengetua ambil berat
Pengetua prihatin

pegawai ppd en yawahir
En Yawahir, pegawai PPD yang datang memantau

Tuesday 23 November 2010

PPD MUAR Melawat Sekolah Kita

Photobucket
PPD Muar, Tn Hj Ramli bin Samat memantau Pusat SMKBM JF129 pagi tadi

Photobucket
Photobucket
PPD Muar, ,YDP PIBG dan Pengetua, sama-sama mengaminkan doa.

SPM 2010 bermula

Photobucket
Calon-calon SPM 2010
Photobucket
Photobucket
Pn Sarifaah Memberi sedikit taklimat Kertas Bahasa Melayu
Photobucket
Tn Pengetua En Puniran bin Denan juga memantau perjalanan pengurusan calon-calon SPM
Photobucket
Semoga semua calon SPM SMKBM 2010 berjaya dengan cemerlang
Photobucket
Tn Hj Mahamud bin Bulat YDP PIBG juga telah bersama-sama memberi restu kepada calon-calom SPM
Photobucket
Tuan PPD Muar, Tn Hj Ramli bin Samat telah datang memantau perjalanan SPM 2010
Photobucket
Semoga semua calon dapat menjawab dengan baik.
Photobucket

Friday 19 November 2010

Hari Akhir PersekolahanTahun 2010

Program pagi Jumaat 19 November 2010 hari terakhir persekolahan 2010 telah diadakan majlis solat hajat tolak bala, hajat memohon dipermudahkan menghadapi SPM dan bacaan yassin yang dipimpin oleh Ustaz Nasrudin. Majlis telah diadakan di surau sekolah. Jemaah terdiri daripada calon-calon SPM 2010 dan guru-guru SMKBM. Kami mendoakan agar calon-calon SPM 2010 dapat mencapai prestasi yang cemerlang di dalam peperiksaan yang hampir menjelang.

hari akhir 2010

hari akhir 2010

Thursday 18 November 2010

Photobucket

Kepimpinan Pendidikan Negeri Johor terkini. Tahniah kepada KPPM yang baru dan Pengarah Johor yang baru dengan pertukaran kenaikan pangkat ini

Tuesday 16 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

SMKBM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha kepada guru-guru, staf sokongan, pelajar-pelajar dan sekelian kaum muslimin. Semoga pengorbanan kita akan memberi sinar cahaya untuk kecemerlangan agama, bangsa dan negara. Bagi mereka yang pernah samapai ke Mekah, tentunya gambar-gambar berikut menjadi kenangan yang sukar dilupakan. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Photobucket
Masjidil Haram diwaktu malam
Photobucket
Pintu masuk masjidil haram
Photobucket
Ruang solat
Photobucket
Ruang solat utama
Photobucket
Makam_Nabi Ibrahim a.s

Ingatan kepada para pelajar