Wednesday 30 June 2010

Belajar Sambil Melawat

Ahli-ahli Kelab Keselamatan Jalanraya telah dibawa melawat sambil belajar ke Kampung Parit Bugis, Seri Medan Batu Pahat. 39 orang ahli kelab bersama guru pengiring Pn Ho dan Pn Chia telah melawat kampung ini pada 6 Jun 2010. Mereka yang terdiri daripada murid-murid Cina telah didedahkan dengan warisan budaya dan kehidupan orang-orang Melayu keturunan Bugis. Semoga dengan lawatan ini murid-murid ini akan lebih memahami kebudayaan dan warisan orang-orang Melayu dan dapat dimanafaatkan dalam kehidupan seharian mereka.

Tahniah SMK Bandar Maharani !!!

Tuan Pengetua En Puniran Bin Denan telah menghadiri Audit Akademik dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pelajaran Johor Bil 1/2010 pada 29 Jun 2010 di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, di Johor Bahru. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Sufa'at Bin Tumin Pengarah Jabatan Pelajaran Johor. SMK Bandar Maharani telah dianugerahkan Sijil Penghargaan kerana memperolehi :
1 Penarafan Kendiri Sekolah Menengah 2009 Menggunakan Instrumen SKPM (Pengurusan Berkualiti SKPM Melebihi 90%)
2 Pencapaian Terbaik Pendidikan Islam PMR Kategori Sekolah-sekolah Harian Biasa Luar Bandar bagi Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009 Negeri Johor
3 Penerima Kedua Anugerah Lonjakan Akademik KAA SPM 2009
Selain itu, tahniah juga untuk Tuan Pengetua kerana telah menerima Anugerah bagi IPQ Pengurusan/Kepimpinan Pengetua 2009 (Pencapaian melebihi 90%).

Agar kejayaan ini menjadi pendorong untuk kita warga SMKBM berusaha lebih gigih lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

Tuesday 29 June 2010

Hari Selasa 29 Jun 2010

Peristiwa hari ini :
1 Peperiksaan KKQ Tahun 2010 dari 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Peperiksaan ini telah diuruskan oleh Ustaz Mohamad Noh
2 Lawatan Pengesanan Pelaksanaan Instrumen Pentaksiran Tahun 2010 untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ketua Panitia KH Pn Ho Li Fung bersama-sama GKMP Pn Hjh Hamidah telah mengiringi pemantau En Mazlan.

Belajar Membina Pintu Gerbang

Monday 28 June 2010

Gigihnya Ustaz Nasrudin Bin Talip

Ustaz Nasrudin Guru Kanan Matapelajaran Sains Kemasyarakatan telah mengalami kemalangan jalanraya pada 3 Mei 2010. Kaki beliau telah patah dan diberi cuti sakit hingga kini. Walapun demikian, Ustaz sanggup datang untuk menjalankan kelas ganti Bahasa Arab Tinggi. Kelas harii ini ialah untuk Tingkatan 4 Al Farabi. Ustaz akan mengadakan kelas untuk Tingkatan 5 Al Ghazali juga nanti. Kegigihan beliau patut dijadi penyuntik semangat kepada guru-guru dan seluruh murid-murid SMK Bandar Maharani.Semoga Ustaz terus mendapat keberkatan Allah.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS: Kerja Kursus Teknologi Kejuruteraan

Pentaksiran Berasakan Sekolah PBS adalah proses yang berterusan. Hari ini murid-murid dari Tingkatan 5 Amanah melaksanakan kerja kursus Teknologi Kejuruteraan TK dan dibimbing oleh Cik Siti Raihana. Mereka memilih untuk membina kerusi dan meja simen fero. Walaupun hujan renyai, diharapkan proses kerja kursus ini dapat dilaksanakan sehingga selesai dengan jayanya dan dapat dimanafaatkan oleh semua murid-murid TK ini.

Wednesday 23 June 2010

Memupuk Nilai Murni Melalui Aktiviti Melukis

Panitia Pendidkan Seni Visual dan Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan telah memulakan projek melukis mural di dinding Kantin Sekolah. Kerja awal iaitu menyapu 'undercoat' telah dijalankan pada hari ini semasa aktiviti kokurikulum.



Sebelum ini iaitu pada 22 April hingga 25 April 2010, mereka telah mengambil bahagian dalam Program Gerak Kerja Pembersihan Majlis Perbandaran Muar dengan melukis mural di dinding medan ikan bakar di Sabak Awor. Berita aktiviti gotong royong ini telah disiarkan di laman web nst http://streets.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Monday/Stories/20100509233444/Article/index_html
Murid-murid dari kelas PSV tingkatan 4 dan 5 ini telah dibimbing oleh guru PSV Pn Mazlifah. Semoga nilai murni ini dapat membentuk sahsiah mereka untuk menjadi insan yang seimbang.


Budaya Sayang Sekolah


Ceria Ke Sekolah


Murid-murid yang tinggal di asrama beratur sopan masuk ke kawasan sekolah. Semoga sentiasa ditenangkan hati dan fikiran untuk menimba ilmu setiap hari.

Program Rancangan Orientasi ROS dari UPSI

Tiga orang pelajar UPSI yang menjalani Program Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) di SMKBM mulai 21 Jun 2010 hingga 2 JUlai 2010 ialah:
1 Nurhafizah Binti Ayob Bahasa Arab dengan Pendidikan dibimbing oleh Pn Nor Yazidah
2 Nurziha Binti Hodari Pendidikan Islam dibimbing oleh Pn Atikah
3 Noor Farhahanina Binti Karim Pendidikan Islam dibimbing oleh Utz Halim

Semoga SMKBM menjadi pendorong untuk mereka menjadi guru cemerlang nanti.

Monday 21 June 2010

Perhimpunan Pertama Selepas Cuti Persekolahan

Perhimpunan rasmi pagi Isnin telah dijalankan seperti biasa, tetapi telah dimulai dengan sedikit senaman memanaskan badan yang dipimpin oleh En Azman. Kemudian barulah dijalankan aturcara biasa. Cik Norwin membuat laporan guru bertugas minggu sebelum cuti dan telah membuat teguran hasil dari pemerhatian guru-guru bertugas.  Tuan Pengetua telah menyampaikan baucer kepada kelas-kelas yang telah menang dalam pertandingan kelas ceria pada minggu sebelum cuti. Suasana menjadi lebih ceria dan segar apabila Cik Chua menyampaikan pengucapan "Exercutive Talk" bertajuk "Kelahiran Kembar". Murid-murid menunjukkan respon yang baik kepada pengucapan beliau. Tuan Pengetua telah mengingatkan seluruh warga sekolah tentang matlamat kita ke sekolah. Juga beliau telah mengingatkan bahawa PMR dan SPM semakin hampir dan setiap calon mestilah peka dan terus berusaha untuk cemerlang.

Sunday 20 June 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Kepada semua warga SMKBM yang telah bercuti selama dua minggu diucapkan selamat kembali semula ke sekolah. Semuga cuti yang dilalui menambahkan kesegaran minda untuk lebih fokus kepada tugas anda. Sebagai guru memberi pendidikan yang terbaik, dan sebagai pelajar menimba ilmu dengan tekun semoga beroleh kejayaan yang cemerlang. Selamat Maju Jaya. SMKBM Top5.

Monday 7 June 2010

"Rakyat Gaza" SMKBM Bersama Mu

Dunia mengutuk kekejaman Israel terhadap gangguan konvoi bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Kami warga SMKBM yang telah menyokong program 'Kemanusiaan Untuk Gaza' melahirkan rasa kesal di atas kejadian yang menimpa konvoi yang telah dihalang memasuki Gaza. Semoga ada peluang lain untuk kita membantu rakyat Gaza. Sokongan terhadap penduduk Gaza adalah sokongan kemanusiaan sejagat.
 



Penilaian Tahap Kecekapan PTK Sesi Jun Tahun 2010

Mulai esok, Selasa 8 Jun 2010 hingga Khamis 10 Jun 2010, guru-guru dan kakitangan Jabatan Pendidikan seluruh Malaysia akan menduduki PTK mengikut kategori masing-masing. Kepada semua guru dan kakitangan SMK Bandar Maharani yang akan menduduki PTK ini, didoakan semoga berjaya cemerlang dan mendapat anjakan gaji nanti. Semoga Allah beri kita semua kejayaan cemerlang.

Kompetensi Generik : 9.00 pagi hingga 10 pagi
Kumpetensi Fungsional : 11.00 pagi hingga 12.00 tgh

Selasa 8 Jun 2010 - DGA29, DG27, N22, W22, C22, J22, N17, W17, C17 dan J17
Rabu 9 Jun 2010 - DGA32 dan DG17
Khamis 10 Jun 2010 - semua kumpulan DG41 dan DG 44

Saturday 5 June 2010

Panorama 2nd Bridge

Jambatan ke-2 Muar yang indah diwaktu malam terletak hanya 500 meter dari SMKBM. Suatu mercu tanda Bandar Muar yang juga menjadi kebangaan SMK Bandar Maharani

Thursday 3 June 2010

what a crane can do?

The guard house used during the construction for the new office block was lifted by a crane lorry and taken away by the owner. The process took place this afternoon 3rd June 2010.

Tahniah Ustaz Fazrul


Ustaz Fazrul Azman Bin Hj Khairuddin telah bertukar ke PPD Muar sebagai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pendidikan Islam mulai 3 Mei 2010. Semoga jawatan baru menjadi pendorong untuk berkhidmat dengan lebih baik lagi. Didoakan ustaz terus mendapat keberkatan Allah.

e-Kehadiran


Setiap pagi hari persekolahan, semua guru tingkatan mesti melaporkan kehadiran kelas masing-masing kepada penyelaras e-Kehadiran Pn Nor Farizah. Kehadiran murid-murid akan terus dihantar secara online ke JPN Johor sebelum 9 pagi.

Ingatan kepada para pelajar