Monday 31 May 2010

Tn Hj Nojumuddin Abdul Samad Pengetua Ke-2 SMKBM

Tn Hj Nojumuddin Bin Abdul Samad Pengetua SMK Bandar Maharani yang kedua mulai 17/1/1995 hingga 27/12/1998 kini ialah Pengetua SM Sains Johor di Kluang. Beliau memaklumkan akan bersara pada bulan Oktober 2010 ini nanti. Bersama-sama ini disertakan gambar-gambar beliau semasa Majlis Makan Malam Amal untuk Dana Pendidikan dan Kerohanian SMSJ yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni SM Sains Johor, SAJOHA pada 28 Mei 2010. Pungutan sumbangan untuk malam itu sahaja melebihi 100 ribu ringgit.

Wednesday 26 May 2010

Tokoh Guru Daerah Muar 2010



Tokoh Guru 2010 ialah Tuan Haji Jamian Bin Jaffar, mantan Timbalan Pengarah Pelajaran Johor. Selain itu, tahun ini dianugerahkan juga Tokoh Guru Sukan(Kepimpinan) Tn Hj Abd Aziz Bin Mohamed, Tokoh Guru Sukan/Permainan(Penyertaan) En Ramlan@Mazlan Bin Hamzah, dan Tokoh Guru Kokurikulum(Badan Beruniform) Hj Ab Kadir Bin Hj Ab Majid. (Gambar : Ihsan Utusan Malaysia)

Tuesday 25 May 2010

Hari Guru Peringkat Daerah Muar/Ledang 2010








Sempena Hari Guru 2010, Majlis Ramah Mesra YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia bersama warga Pendidik Daerah Muar Dan Ledang telah diadakan hari ini di Kompleks Sukan Pagoh, Muar. 10 orang wakil dari sekolah kita telah diminta hadir di ketuai oleh Pengetua. GPK, Naib Pengerusi Kelab Keluarga dan 7 orang guru-guru lain juga hadir. Pendaftaran sangat penting. Kami diberikan borang khas. Maklumat yang mesti diisikan ialah nama sekolah, nama guru dan jawatan disandang. Selepas mendaftar baru diberikan beg yang berisi buku program,air mineral cawan, sebuku roti, kipas dan flyers beberapa perniagaan.

Tokoh Guru 2010 ialah Tuan Haji Jamian Bin Jaffar, mantan Timbalan Pengarah Pelajaran Johor. Selain itu, tahun ini dianugerahkan juga Tokoh Guru Sukan(Kepimpinan) Tn Hj Abd Aziz Bin Mohamed, Tokoh Guru Sukan/Permainan(Penyertaan) En Ramlan@Mazlan Bin Hamzah, dan Tokoh Guru Kokurikulum(Badan Beruniform) Hj Ab Kadir Bin Hj Ab Majid.

Cuaca sangat panas dan di dalam dewan yang penuh juga sangat panas. Maaf, gambar TPM agak kabur kerana saya mengelak bodyguardnya. TPM diiringi oleh ramai bodyguard dalam majlis ramah mesra bersama guru ini.




Monday 24 May 2010

Peaceful SMKBM

The entry road.

The Dataran Maharani

The Canteen

The Garden

The wakaf

The office block

Let's make our school more condusive for teaching and learning to take place. Keep our compound always clean so that we can have peaceful mind too.





Saturday 22 May 2010

Budaya Quran dan Aktiviti Bahasa Arab







Setiap Jumaat pagi murid-murid dan guru-guru muslim semua berkumpul di dataran untuk aktiviti Budaya Quran. Minggu ini dimulakan dengan bacaan surah Yassin yang dipimpin oleh utz Halim. Utz Halim juga memberi sedikit input mengenai keistimewaan surah Al-Fatihah. Semoga semua kita terus mendapat rahmatNya.
Panitia Bahasa Arab telah mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis penyampaian hadiah untuk aktiviti-aktivitinya sempena Minggu Bahasa.
p/s murid-murid bukan muslim mengikuti program pendidikan moral dengan bimbingan guru-guru bukan muslim di blok A






Friday 21 May 2010

PPKKS

Program pemantauan kualiti kepimpinan sekolah
Program pemantauan yang dibuat oleh JPNJ dengan kerjasama PPD Muar telah selamat diadakan. SMKBM memperolehi taraf penarafan CEMERLANG. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menyediakan dokumen semasa pemantauan. SMKBM TOP 5

http://www.johordt.gov.my/ppdmuar/v3/index.php klik di sini

Thursday 20 May 2010

Guru Praktikum UPSI




En Nor Hisyam, Puan Norazwani dan Pn Mahanum adalah tiga orang guru partikum dari UPSI yang sedia ditunjuk ajar dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada tugasan yang diberikan. Semoga mereka akan menjadi guru cemerlang di masa depan.


SIP training & SGM




Mulai pukul 2.00 petang 20 Mei 2010 mesyuarat guru telah diadakan di Bilik Gerakan dan di pengerusikan oleh Pengetua. En Puniran telah menerangkan mengenai SIP School Improvment Programme dan SIT School Improvement Toolkit. Pengetua juga telah menyebut mengenai ranking dan markah komposit sekolah. Bahagian kedua pula, Pengetua telah menerangkan mengenai Standard Guru Malaysia dan ini dijadikan sebagai satu LDP/kursus.

Semua guru boleh akses kedua-dua bahan yang disampaikan melalui egroup.

Reminder

Visi : Menjadikan SMK Bandar Maharani Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Wednesday 19 May 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun Setara Daerah Muar

Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Semoga Allah membuka minda semua murid dan dapat menjawab dengan baik. Murid-murid Tingkatan 5 sedang menjawab kertas soalan Bahasa Melayu 2 sekarang ini. Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 5 telah bermula semalam 18 Mei 2010 dengan kertas Pendidikan Syariah Islamiah. Pendidikan Seni Visual dan ICT.

Tuesday 18 May 2010

Selamat Hari Guru













Pada 17/5/2010, smk bandar maharani telah mengadakan sambutan hari guru. Tema tahun ini masih ' GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'. Kami warga SMKBM mengucapkan tahniah dan terima kasih atas pengorbanan jasa guru - guru smkbm sekalian. Syabas..

>> Gambar Lain << klik di sini

Ingatan kepada para pelajar