Sunday 31 October 2010

IKWAS EXECUTIVE TALK

Encik Puniran bin Denan pengetua SMKBM telah dipilih untuk menyertai IKWAS Executive Talk di kalangan 38 Ketua-ketua Jabatan dan 300 peserta meliputi negeri Johor dan  Melaka. Executive talk dengan tema " Inovasi Membentuk Organisasi Unggul " telah disampaikan oleh Encik Roslan Ghazali Ketua Pegawai Eksekutif Cardiff Enterprise. Beliau merupakan jurulatih berlesen dalam " Seven Habits of Highly Effective People " dan menjadi konsultan bagi TQM, Culture Change, Benchmarking, Learning Organisation & Implementation of Quality In Organisation. Berkelulusan di dalam bidang Elektrikal & Kejuruteraan Elektronik dari Cardiff Universiti, Sarjana (MBA) dari Wawick Business Scholl.

Photobucket
Photobucket

Saturday 30 October 2010

KETUA SETIAUSAHA KPM YANG BARU

Sukacita dimaklumkan bahawa Y.Bhg Dato' Dr. Rosli bin Mohamed telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha KPM berkuatkuasa 29 Oktober 2010. Beliau menggantikan YBhg. Tan Sri Dr.Zulkurnain bin Haji Awang yang dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mulai tarikh yang sama. Semoga KPM terus cemerlang dibawah kepimpinan yang diterajui beliau.

http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=1447 

Thursday 28 October 2010

Bulan Bahasa Kebangsaan

Photobucket
Photobucket
Sama-sama menyanyikan lagu' Bahasa Jiwa Bangsa"
Photobucket
Persembahan Sketsa
Photobucket
Deklamasi sajak- Salasilah Bahasa
Photobucket
Puan sariffah ketua panatia Bahasa Melayu

Tuesday 26 October 2010

Mesyuarat HEM

Unit HEM telah mengadakan mesyuarat pengurusan HEM pada Isnin 25 Oktober 2010 dan dipengerusikan oleh Tuan Pengetua En Puniran bin Denan. Banyak perkara telah dibincangkan untuk meningkatkan lagi pengurusan unit HEM dan untuk persediaan tahun 2011.

Photobucket
Hjh Redziah PK HEM sedang menyampaikan maklumat
Photobucket
Ketua Guru Disiplin Pn Fatmah Mustafa

Photobucket
Antara Guru ynag hadir


Sunday 24 October 2010

Guru Dedikasi

Photobucket
Pn Sariffah membuat taklimat BM kepada En Mazlan & Cik Zalina

Photobucket
Pn Mazlifah pembimbing guru baru Cik Zalina


Guru Pelatih UTM


Photobucket
Bimbingan akhir daripada Pengetua En Puniran
 
Photobucket
Cik Anis dan Cik Asma' telah tamat praktikumnya pada 22 Oktober 2010


Kem Akademik SPM

Kem Akademik SPM diteruskan lagi pada hari Sabtu 23 Oktober 2010. Kem kali ini fokus kepada Sains, Biologi dan Tekonolgi Kejuruteraan dengan bimbingan daripada guru-guru berpengalaman matapelajaran berkenaan. Semoga tunjuk ajar dan bimbingan guru dapat dimanafaatkan oleh calon-calon SPM tahun ini agar terus mencapai prestasi cemerlang.

Photobucket
Cik Siti Raihana membimbing calon-calon Teknologi Kejuruteraan


Program Selepas PMR : Perkhemahan Di Denai Alam

Mulai 19 Oktober sehingga 21 Oktober telah diadakan perkhemahan di Pusat Kokurikulum Denai Alam. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan. Semoga perkhemahan begini dapat meningkatkan lagi jati diri murid-murid yang mengambil bahagian.

Photobucket

Thursday 21 October 2010

Jamuan Akhir Tahun Asrama Maharani

Kali ini jamuan diadakan di luar dari dewan makan asrama iaitu di Man Chalet, Jalan Junid, Muar. Semua penghuni asrama telah hadir. Turut hadir ialah Tuan Pengetua, YDP PIBG, Penolong Kanan, PK HEM, warden, penyelia asrama, dan kakitangan kebersihan swasta asrama.
jamuan akhir tahun 2010 asrama

Jerebu

http://ppdmuar.my/

TERKINI : PENUTUPAN SEKOLAH DAERAH MUAR/LEDANG AKIBAT JEREBU


TERKINI >> Pengetua/Guru Besar/PPD Muar
Harap Maklum bahawa semua guru dan pelajar daerah Muar/Ledang diarahkan ditutup esok khamis (21 Oktober 2010) memandangkan keadaan Jerebu yang teruk. Walaubagaimanapun, Pengetua/Guru Besar dan kakitangan AKS dikehendaki hadir bertugas seperti biasa. Harap Maklum. Lain-lain pengumuman akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

jerebu 2
Dataran yang sunyi dan kosong

jerebu 1
Hujan mengurangkan jerebu

Tuesday 19 October 2010

TAKLIMAT STANDARD GURU MALAYSIA

Pengetua, Penolong Kanan dan Guru Data telah diberikan taklimat berkaitan dengan SGM oleh Timbalan PPD Muar. Kini guru-guru diminta untuk mengisi kompetensi mereka tentang SGM.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 telah bermula dengan kertas Bahasa Melayu pada hari semalam Isnin 18 Oktober 2010. Peperiksaan ini dijalankan setara diseluruh daerah Muar. Peperiksaan ini akan berakhir pada 2 November. Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 dan 2 akan bermula Isnin minggu depan 25 Oktober dan juga akan berakhir pada 2 November. Didoakan semua pelajar Tingkatan 4,1 dan 2 dapat menghadapi peperiksaan ini dengan mudah dan berjaya meningkatkan prestasi masing-masing. Selamat Menghadapi Peperiksaan.

final exam form 4
Guru-guru beratur untuk mengambil kertas soalan peperiksaan

Friday 15 October 2010

Program Selepas PMR : Ceramah Sekolah Teknik & Vokasional

Semua pelajar tingkatan 3 telah mendengar ceramah mengenai Sekolah Teknik dan Vokasional pagi tadi. Dua orang guru dari SM Vokasional Muar telah memberi penerangan mengenai peluang dan kebaikan untuk belajar di tingkatan 4 di sekolah teknik atau sekolah vokasional. Semoga cermah ini telah memberi input kepada semua pelajar tingkatan 3 SMKBM.

penceramah sekolah vokasional

MESYUARAT MPSM JOHOR

Pengetua SMKBM telah menghadiri mesyuarat Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Cawangan Johor kali ke-49 di Hotel Selesa Johor Bahru mulai 13 Okt - 14 Okt 2010. Banyak perkara baru disampaikan. Umumnya yang menarik perhatian ialah cadangan pemansuhan PMR yang telah diumumkan. Pelbagai reaksi dikemukakan. Semoga pendidikan kita di Malaysia akan jadi lebih baik dan mantap.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Perabot Untuk Senireka Tanda

Pada hari Khamis 14 Oktober Bengkel Senireka Tanda telah mendapat perbekalan perabot lagi. Perabot seperti meja, almari dan rak dibekalkan untuk kegunaan pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Senireka Tanda.

perabot srt

Tuesday 12 October 2010

MPSM MENGEDARKAN KERTAS SOALAN AKHIR TAHUN

Terima kaseh kepada semua sekolah menengah daerah Muar / Ledang yang telah memberi kerjasama dalam kelancaran edaran kertas soalan akhir tahun 2010. Integreti diutamakan demi martabat pendidikan Daerah Muar.


Photobucket
Photobucket
Photobucket

Sunday 10 October 2010

DOA UNTUK CALON PMR DAN SPM

Photobucket

Ya Allah berikan petunjuk kepada rakan kami yang mengambil PMR dan SPM. 
Semoga mereka berjaya

Photobucket
Semoga anda semua berjaya. Itu doa kami

Monday 4 October 2010

PMR : KAMI HADAPI PENUH YAKIN

Calon-calon PMR SMKBM akan menduduki peperiksaan PMR mulai 5 Oktober 2010. Hari ini merupakan persiapan terakhir sebelum esok melangkah kaki ke dewan peperiksaan. Kepada semua calon PMR warga SMKBM mendoakan anda semua akan memperolehi kejayaan. Ingatlah bahawa usaha kita selama ini perlu diterjemahkan dengan kesediaan menjawab peperiksaan dengan baik. Yakinlah bahawa usaha selama ini pasti membuahkan kejayaan. SMKBM Boleh. Anda berjaya.

Ingatan kepada para pelajar