Tuesday 24 August 2010

Penghayatan Bulan Kemerdekaan

Kaunselor Baru Kita

Selamat Datang En Mohd Akmal..
En Mohd Akmal bin Omar sudah menjalankan tugasnya sebagai kaunselor mulai semalam Isnin 23 Ogos 2010. Beliau telah bertukar dari SMK(A) Maahad Muar. Semoga kehadiran beliau dapat menyuntik semangat baru untuk semua warga sekolah dalam usaha untuk membimbing murid-murid ke arah kejayaan  yang lebih cemerlang.

Saturday 21 August 2010

PROGRAM IMMERSION PENGETUA

Program immersion pengetua-pengetua dengan pengetua kanan adalah program ke arah memperkasakan pengurusan dan kepimpinan sekolah. Pengetua SMKBM mempunyai mentor yang baik iaitu Pengetua Kanan SM Sains Muar.
Ilmu perlu selalu dicari.
 Menimba ilmu tidak pernah kenal waktu dan usia.
 Adat belajar harus berguru supaya tak sesat jalan

Thursday 19 August 2010

Mesyuarat AJK PIBG 2010/2011

AJK bapa yang hadir
AJK kaum ibu yang hadir
tekun mendengar penerangan pengetua
Mesyuarat di pengerusikan oleh YDP Tn Hj Mahamud bin Bulat

Wednesday 18 August 2010

Rayuan Hari Pahlawan

Pengetua sedang kempen supaya guru-guru menyumbang untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan

Audit Akademik Percubaan PMR Setara Negeri Johor

Pengetua En Puniran bin Denan telah mempengerusikan Audit Akademik Percubaan PMR Setara Negeri Johor. Guru-guru telah mengenal pasti kelemahan yang ada dan berbincang untuk mengadakan program peningkatan kecemerlangan bagi calon-calon PMR 2010. Semoga segala usaha guru-guru, calon-calon PMR dan SPM  dengan kerjasama ibu bapa mendapat keberkatan dan membawa kejayaan cemerlang.

Tuesday 17 August 2010

Bulan Ogos Bulan Kemerdekaan

Peperiksaan Percubaan SPM Setara Negeri Johor diteruskan

Menjawab Kertas Bahasa Melayu

Majlis Iftar Jamaie & Solat Tarawih di Surau SMKA Maahad Muar

Surau baru SMKA Maahad luas dan tinggi....selesa untuk belajar dan beribadat
Wakil dari Asrama SMK Bandar Maharani ceria hadir bersama-sama wakil dari 7 asrama lain
Wakil asrama SMK(P) Sultan Abu Bakar manis dengan baju kain kapas mereka.
 Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Johor  juga telah hadir
Ustaz Fadzrul bersama Cikgu Pn Rohaya Ibrahim bertemu wakil-wakil asrama kita
khusyuk mengaminkan doa

Ingatan kepada para pelajar