Sunday 31 July 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK

Photobucket

YA ALLAH..BERKATILAH KAMI DI DALAM BULAN SYABAN DAN PANJANGKAN UMUR KAMI AGAR DAPAT BERTEMU RAMADHAN PADA TAHUN INI..AMIIINNN!!!!!!!
Esok Isnin 1 Ogos 2011  umat Islam akan memulakan ibadah puasa di bulan Ramadan. Pastinya bagi seorang yang merasakan dirinya beriman kepada Allah akan merasa rindu dan tak sabar-sabar untuk bertemu dengan Bulan Ramadhan yang mulia. Bulan Rahmat, Bulan Keampunan dan pelbagai lagi ‘jolokkan’ yang diberikan padanya.
Di bulan ini nafas-nafas mu menjadi tasbih,
Tidur mu adalah ibadah,
amal-amal mu diterima,
dan doa-doa mu diijabah.
Sinar Ramadhan
Membuka bersamanya pintu-pintu syurga,
Berdoalah
Agar ia tidak akan tertutup untuk kita
Pintu-pintu neraka tertutup,
Bermohonlah
Agar ia tidak akan pernah dibukakan bagi kita.
Syaitan-syaitan terbelenggu,
Mintalah
Agar ia tidak lagi menguasai kita 

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuniNya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

SERI ASRAMA TERBILANG (ASAT) PERINGKAT NEGERI

SMKBM telah dilantik menganggotai J/K Pendaftaran & Pengelola Peserta serta J/K Pertandingan Catur.
Photobucket
J/K Pendaftaran_dimeja pendaftaran peserta
Photobucket
Kontinjen mula mendaftar
Photobucket
Pasukan yang mendaftar
Photobucket
Melayan semua pertanyaan kontinjen
Photobucket
Peserta
Photobucket
Pasukan mendaftar
Photobucket
Kontinjen ceria
Photobucket
Catur_sedang bertanding
Photobucket
Catur_persaingan sengit

TAHLIL DAN DOA AKHIR SYAABAN

Majlis bacaan Tahlil dan doa akhir Syaaban dibimbing oleh Ustaz Hj.Nasarudin Talib dan diadakan di ruang makan guru kantin SMKBM.

Photobucket
Us.Nasarudin (baju pink)_membimbing bacaan tahlil
Photobucket
Guru-guru_mengaminkan doa
Photobucket
Menikmati jamuan
Photobucket
Jamuan nasi ayam
Photobucket
Jamuan_self services
Photobucket

Saturday 30 July 2011

HARI KOPERASI DAN KEUSAHAWANAN 2011

Hari koperasi dan keusahawanan SMKBM telah diadakan pada hari Jumaat 29 Julai 2011. Pelajar dan guru-guru telah sama menjayakan program ini. Hari ini memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri bagaimana menguruskan perniagaan dan keusahawanan mereka sendiri.

Photobucket
SERONOK BERNIAGA
Photobucket
MENJUAL CENDERAMATA
Photobucket
MENJUAL AKSESORI
Photobucket
MENJUAL BUKU / MAJALAH
Photobucket
BERBELANJA
Photobucket
PENGURUS KOPERASI
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
AGENSI_MSU
Photobucket
AGENSI_KOLEJ KOMUNITI LEDANG
Photobucket
AGENSI_IKBN PAGOH
Photobucket
AGENSI_BANK RAKYAT

PENERIMA APC 2010

Majlis penganugerahan Sijil Perkhidmatan Cemerlang (APC) telah diadakan di Dewan Wawasan PPD Muar. Penerima APC 2010 telah menerima sijil mereka daripada Pegawai Pelajaran Daerah Tn.Hj.Ahmad Othman. Tahniah dan semuga anda terus cemerlang.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

PASUKAN DRAMA BAHASA INGGERIS

Pertandingan drama Bahasa Inggeris peringkat daerah telah diadakan di SMK Pesisisran Perdana. Pasukan SMKBM telah menyertai buat julung kalinya dalam pertandingan tersebut. Tahniah kepada peserta yang telah menunjukkan bakat mereka dalam drama tersebut walaupun tidak berjaya menduduki tiga tempat teratas. Syabas kepada guru yang melatih dan mengiringi peserta kepertandingan tersebut.

Photobucket
Photobucket
Photobucket

Sunday 24 July 2011

Prinsip Kerja KPPM _ X-PLUS


Setiap pasukan profesional pendidik dan pegawai pendidikan perlu menerapkan budaya prestasi tinggi berasaskan PRINSIP KERJA X-PLUS.  Inilah prinsip kerja kaum profesional era GTP(Pelan Transformasi Kerajaan) dan ETP (Pelan Transformasi Ekonomi); memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang (excellence) berteraskan pengetahuan, latihan, usaha dan semangat sepasukan.
 
Prinsip Pertama : CEMERLANG (EXCELLENCE)
Inilah kayu ukur kerhasilan kerja setiap individu.  Cemerlang atau excellence berbeza dengan kualiti.  Kualiti bermaksud memenuhi kehendak pelanggan, yakni menepati ketetapan kerja, mematuhi tuntutan perkhidmatan, mengikuti sepenuhnya perencanaan dan strategi, menyempurnakan tugasan pegawai atasan dan mencapai sasaran kerja tahunan.  Cemerlang bermaksud ‘go beyond’, yakni memenuhi kehendak yang tidak terungkap oleh pelanggan, menangani cabaran yang belum tiba dan melepasi rekod sedia ada.  Cemerlang bermaksud melepasi aras kualiti, melepasi pencapaian terbaik sebelum ini, mewujudkan aras pencapaian baharu untuk dikejar oleh pesaing.

Prinsip Kedua : PENGETAHUAN
Dalam era ini, faktor utama produktiviti bukan lagi bilangan pekerja, teknologi dan peruntukan yang banyak, faktor utama produktiviti ialah maklumat dan pengetahuan.  Oleh itu, pemimpin dan pengurus  tidak lagi semata-mata mentadbir tetapi memudah cara, menyelaras dan mempertalikan setiap pasukan kerja dalam organisasi.  Pemimpin dan pengurus sewajarnya memiliki spektrum pengetahuan yang luas, berkemahiran menatarkan maklumat yang dijana oleh setiap pasukan kerja dan berkemahiran sebagai mediator dan moderator.  Pekerjaan mendidik, melatih, mengasuh, membimbing, mengajar dan menilai mestilah berdasarkan pengetahuan, bukan berdasarkan kebiasaan atau rutin.  Pengetahuan itu pula sewajarnya adalah yang terkini, teruji dan mantap.

Prinsip Ketiga  : LATIHAN
Latihan bermaksud belajar sepanjang hayat untuk mempertajamkan keupayaan melaksanakan tanggungjawab semasa dan mempersiap keupayaan untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dan mencabar.  Latihan bermakna bina upaya yang berterusan, bukan sekadar memenuhi ketetapan perkhidmatan.  Latihan bererti bersedia untuk berubah, bersedia untuk melaksanakan idea baharu, bersedia untuk menggunakan cara gaya baharu dalam menyempurnakan tanggungjawab, bersedia menjayakan transformasi.  Ringkasnya hanya latihan yang bersistematik dan berterusan yang berupaya melestarikan profesionalisme jentera pendidikan negara.  Latihan yang berterusan bermakna pembelajaran berterusan.  Pembelajaran berterusan menjana perubahan.  Perubahan menjana pembaharuan, renewal.

Prinsip Keempat : USAHA
Usaha berbeza dengan kerja.  Usaha bermaksud berikhtiar seupaya mungkin dengan menggunakan pelbagai sudut pemikiran, sumber, kreativiti dan inovasi demi menyempurnakan misi dan mencapai objektif.  Usaha bermaksud ‘go extra mile’.  Sedangkan ‘kerja’ bermaksud melaksanakan tugas sebagaimana yang ditetapkan atau diarahkan.  Kerja mengutamakan kepatuhan kepada arahan.  Usaha mengutamakan matlamat dan objektif.  Ukuran kerja ialah kecekapan dan ukuran usaha ialah keberkesanan. Usaha menuntut pendidik dan pegawai pendidikan berfikir.  Dengan kecukupan usaha, dengan kesungguhan berikhtiar, daya fikir akan berkembang, imaginasi menjadi terang dan kreativiti akan bertandang – matlamat dan objektif menjadi kenyataan.

Prinsip Kelima  :  SEPASUKAN
Dalam era transformasi dan menghadapi cabaran-cabaran besar globalisasi, anggota profesional jentera pendidikan negara wajib berusaha sebagai satu pasukan.  Sepasukan bermaksud komited kepada nilai, visi, misi dan matlamat organisasi dan mengenepikan kepentingan diri dan perasaan peribadi.  Bekerja sepasukan menuntut aplikasi kepimpinan pada setiap tindakan.  Ciri kepimpinan wajib sentiasa terpamer dan dipraktikkan oleh setiap orang.  Bekerja sepasukan menuntut kehadiran altruisme dalam pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan operasi. 

Thursday 21 July 2011

MESYUARAT PANITIA AGAMA ISLAM

Panitia Agama Islam telah mengadakan mesyuarat pada 20 Julai 2011dengan dipengerusikan oleh Tn.Hj.Nasaruddin Talip GKMP Sains Sosial. Mesyuarat telah membincangkan aktiviti sempena Ramadan yang akan disambut tidak berapa hari lagi.
Photobucket
Tn.Hj.Nasaruddin Talip_mempengerusikan mesyuarat
Photobucket
ahli mesyuarat

Sunday 17 July 2011

KARNIVAL ASAT NEGERI JOHOR 2011

Karnival tersebut telah berlangsung di SMKA Maahad Muar mulai 15 Julai hingga 17 Julai 2011. SMKBM menjadi AJK bagi Cenderamata dan Hadiah, AJK Pendaftaran Peserta dan AJK Penginapan Kontingen. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan tugas tersebut dengan jayanya.

Photobucket
Backdrop
Photobucket
AJK Pengelola peserta dan AJK Penyampaian Hadiah
Photobucket
Kenangan
Photobucket
Akmal_pemenang tempat keempat Irama Malaysia
Photobucket
AJK Pengelola Peserta dan AJK Penginapan
Photobucket
Menyiapkan tugasan
Photobucket
Bawa keluarga sekali

Ingatan kepada para pelajar