Thursday 27 September 2012

Majlis Penyerahan Sumbangan KWAPM 2012

Majlis ringkas penyerahan sumbangan  Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah diadakan pada 22 hb. September  2012 kepada 35 buah keluarga pelajar yang terlibat. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMKBM Encik Puniran bin Denan.


Tuesday 18 September 2012

MAJLIS SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2012

Acara-acara akhir sempena penutup bulan kemerdekaan telah diadakan pada 14hb. September 2012. Acara pertandingan akhir  iaitu pakaian beragam & nyanyian patriotik antara kelas turut diadakan. Teks ucapan  telah disampaikan oleh Puan Hajah Halijah Othman, GPK Ko-Kurikulum SMKBM.  Hadiah-hadiah pertandingan yang dijalankan sepanjang kemeriahan bulan ini telah disampaikan oleh Puan Hajah Noraini binti Mohd. Noor  GPK 1 SMKBM kepada semua pemenang.
















Monday 10 September 2012

Majlis Solat Hajat Perdana PMR/SPM 2012

Majlis ini telah berlangsung pada hari khamis, 6 hb. September 2012 di Dewan Gemilang SMKBM.  Majlis yang diadakan serentak di semua sekolah rendah dan menengah negeri Johor melibatkkan   400 orang  ibubapa, guru dan pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM bulan depan. Semoga dengan berkat usaha dan doa yang berterusan, kejayaan akan mengiringi anak-anak pelajar sekelian. Amin.













Sunday 9 September 2012

SUMBANGAN HARI RAYA_Dana Ehsan ISS

Pada 6 September 2012 telah berlangsung penyampaian sumbangan kepada anak-anak kurang berada oleh Yang Berbahagia Datuk Hamdan bin Datuk Abdullah dari Management Consultant_ Tabung Dana Ehsan ISS. Seramai 70 orang pelajar telah menerima sumbangan daripada YBhg Datuk. SMKBM merakamkan jutaan terima kasih.

Ingatan kepada para pelajar