Amanat Pengetua


Bismillahirahmanirrahim.

Assalamu'laikum warahmatullahi wabarakatuh. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, seluruh keluarga dan Para Sahabat Baginda. Alhamdulillah syukur ke hadrat  Allah SWT kerana dengan Limpah dan Rahmatnya kita dipertemukan dalam sebuah organisasi yang besar ini.

Tahniah saya ucapkan kepada warga SMK Bandar Maharani, kerana selepas pengetua yang lalu bersara, tidak ada isu besar yang berlaku sehingga boleh menjejaskankan pengurusan sekolah. Semua ini adalah berkat kesepaduan warga sekolah samada dalam kalangan pelajar dan guru khususnya mahupun dalam kalangan warga sekolah amnya, memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kelangsungan sistem pendidikan dapat direalisasikan di sekolah ini

Dalam PPPM 2013-2025, “Transformasi Pendidikan”  adalah agenda utama dalam sub-NKRA yang memberi  penekanan  untuk meningkatkan kecemerlangan kualiti murid.  Transformasi pendidikan secara menyeluruh  diperlukan bagi memperkasa modal  insan yang berkualiti bagi kecemerlangan pembangunan negara  pada masa akan datang dan menghadapi cabaran global yang mengelilingi dunia pendidikan hari ini yang semakin kompleks dan mencabar. Oleh itu, peningkatan kecemerlangan kualiti adalah penting kerana pelajar-pelajar hari ini yang merupakan pemimpin pada masa hadapan. Para guru dan pelajar seharusnya mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berkemampuan mencipta dan berkebolehan untuk menghadapi cabaran. Selain itu, guru sebagai fasilitator dan pemudahcara perlu meningkatkan kesabaran serta menyesuaikan diri dengan perubahan terkini untuk bergerak selari dengan pelajar-pelajar yang lahir pada era generasi Y. Pelajar-pelajar pula perlu menyedari akan tanggungjawab yang bakal dipikul apabila tiba masanya merekalah yang bakal menggantikan pemimpin Negara pada masa akan datang.

Warga sekolah perlu memahami maksud cogan kata sekolah iaitu berilmu dan berakhlak mulia serta memelihara hubungan baik antara satu sama lain. Budaya kerja secara satu pasukan perlu direalisasikan untuk mencapai kejayaan. Tanggungjawab meningkat prestasi sekolah ialah tanggungjawab semua warga sekolah. Kemahiran digital dan ICT juga perlu ditingkatkan agar warga sekolah dapat memahirkan diri dalam teknologi pembelajaran abad ke-21 yang menjadi fokus KPM. 

Tuntasnya, kerjasama antara pihak sekolah, pihak  PIBG dan warga komuniti juga amat diperlukan untuk sama-sama dalam usaha menjadikan SMK Bandar Maharani, Muar, antara sepuluh sekolah terbaik daerah Muar. ‘Lets Be The Best’

Majlis Perasmian Program Transformasi Sekolah (tS25) 2.0

                                                            Buku Program Perasmian                                                     ...