Wednesday, 29 September 2010

Program Pecutan Geografi PMR 2010

Audit Akademik Percubaan SPM 2010

Jamuan Raya Guru & Staf Sokongan

Guru Baru Kita...

Cik Zalina bertudung 'pink' dan Pn Sarifah bertudung hitam

Pn Sarifah binti Abdul Rahman dan Cik Zalina binti Mohammad telah melapor diri dan mula bertugas sengai guru di SMK bandar Maharani pada Selasa 28 September 2010. Sebenarnya mereka sudah melapor diri menjadi guru mulai Isnin 27 September di SMK Simpang Renggam dalam Majlis suaikenal bersama Pengarah Pelajaran Johor. Pn Sarifah lulusan UPSI dengan opsyen Perdagangan & Perniagaan manakala Cik Zalina pula lulusan dari UITM dengan opsyen Pendidikan Seni Visual. Kedua-dua mereka sudi menjadi warden asrama kita. Semoga SMK Bandar Maharani menjadi tapak untuk mereka maju di bindang pendidikan dan menjadi guru cemerlang.

Tuesday, 21 September 2010

Program Dari Hati ke Hati

Pagi tadi seramai empat puluh orang calon-calon PMR yang menjadi harapan sekolah untuk meningkatkan prestasi pencapaian PMR sebenar nanti telah bersua muka dengan Tuan Pengetua, En Puniran bin Denan. Turut hadir ialah Penolong Kanan Cik Hjh Nor'aini Md Yusof. Program anjuran kaunselor sekolah Pn Hjh Nor Farizah dan En Mohd Akmal telah bermula dengan penerangan objektif perjumpaan dan diikuti taklimat dari hati ke hati oleh tuan pengetua.

PEPERIKSAAN UPSR 2010

Pada hari ini 21 September 2010 semua calon-calon UPSR di sekolah rendah seluruh negara mula menduduki peperiksaan mereka. Pengetua SMKBM sempat berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat iaitu sekolah jiran dan merupakan sekolah yang membekalkan pelajar ke tingkatan satu SMKBM 2011 nanti. Persediaan pelajar pada pagi peperiksaan dan kunjungan ibu bapa penjaga yang memberi restu kepada calon-calon amat dibanggakan.

Monday, 20 September 2010

Executive Talk : Pn Siti Mariam@Rahayu

Pelajar-pelajar tekun mendengar

Selamat Kembali Ke Sekolah

Kepada semua warga SMK Bandar Maharani, selamat kembali ke sekolah. Semoga dengan semangat dan azam baru setelah bercuti selama dua minggu. PMR tinggal 14 hari lagi sementara SPM pula tinggal 61 hari lagi. Semoga semua calon PMR dan SPM terus berusaha untuk lulus cemerlang.
Pn Norhayati Hamzah menyampaikan Laporan Guru Bertugas Mingguan

Monday, 13 September 2010

PMR and SPM semakin hampir...

PMR....21 hari lagi
SPM....69 hari lagi

Walaupun masih bercuti diharapkan semua calon PMR dan SPM SMK Bandar Maharani, terus berusaha membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan penting ini. Kejayaan masa depan bermula dari usaha kita di hari ini.

Wednesday, 8 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kepada semua warga SMK Bandar Maharani diucapkan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan Allah.

Riang Ria Raya SMK Bandar Maharani 2017

6 Julai 2017 / Khamis 11.00 pagi ...