Saturday, 31 July 2010

Laluan Kenaikan Pangkat di Sekolah

Pengetua En Puniran Bin Denan telah menerangkan laluan untuk kenaikan pangkat di sekolah-sekolah Malaysia. Beliau juga telah menerangkan impak laporan prestasi tahunan dan tindakan tatatertib kepada kerjaya semua guru. Selain itu, tuan pengetua telah menerangkan mengenai kaedah dan kebaikan pemantauan rakan sebaya untuk meningkatkan kaedah penyampaian p & p di dalam bilik darjah.

LDP : Persembahan Interaktif

En Darwis membacakan doa
Pn Siti Mariam menyampaikan ceramah dan bengkel bertajuk "Persembahan Interaktif"
Guru-guru sedang memberi perhatian

Friday, 30 July 2010

LATIHAN MENCEGAH DAN MENYELAMAT DARI KEBAKARAN

Latihan mencegah kebakaran dan menyelamat mangsa kebakaran telah dilakukan dengan kerjasama pihak Bomba dan Penyelamat dari balai bomba Muar. Dalam latihan tersebut pelajar-pelajar diajar bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran, dengan contoh pergerakan dalam 5 minit boleh menyebabkan mangsa cedera dan jika lewat dari masa tersebut kemungkinan boleh mati rentung. Tunjukajar bagaimana menggunakan alat pemadam api yang sesuai juga ditunjukkan khasnya kebakaran disebabkan minyak tidak boleh dipadam menggunakan air. Tahniah semuanya terselamat.

Kepimpinan Transformasional

Pagi tadi Jumaat 30 Julai 2010, Pengetua kita, En Puniran Bin Denan telah menyampaikan ceramah bertajuk Kepimpinan Transformasional di Kursus Profesionalisme Guru Penolong Kanan Sekolah-sekolah Daerah Muar/Ledang di Hotel Seri Malaysia Mersing. Antara intipati ceramah beliau ialah perubahan bermula dari individu dan ia akan memberi kesan dan terus menjadi gelombang perubahan kepada organisasi (sekolah). Tiada jalan pintas untuk mencipta kejayaan cemerlang. Transformasi yang positif dan berkesan memerlukan ilmu selain dari kemahuan semata-mata. Semoga semua warga SMK Bandar Maharani akan transform kepada yang lebih cemerlang.

Pertandingan Silat Daerah Muar 2010

Thursday, 29 July 2010

BERSEDIA UNTUK PERCUBAAN PMR SPM DAN UPPM2

Keadaan sebegini adalah fenomena biasa di SMKBM pada awal pagi bermula jam 7.10 pagi. Pelajar-pelajar yang ada di Dataran Ilmu akan menggunakan waktu senggang sebelum masuk kekelas bagi mengulangkaji matapelajaran. Pada masa yang sama pihak pengurusan dengan kerjasama panitia matapelajaran akan membekalkan bahan-bahan bacaan dan ulangkaji untuk kegunaan mereka. Semoga pelajar-pelajar SMKBM akan terus mencipta sejarah kejayaan yang cemerlang untuk diri, keluarga dan sekolah. Selamat Menempuh Peperiksaan Percubaan PMR, SPM dan UPPM2

Amanat PPD Muar : Tn Hj Ramli Bin A Samat

Pengawai Pelajaran Daerah Muar, Tuan Hj Ramli Bin A Samat telah menyampaikan ucaptama di Kursus Profesionalisme GPK Sekolah Menengah Daerah Muar 2010, yang sedang diadakan mulai 28-30 Julai di Hotel Seri Mersing. Antara inti pati ucaptamanya ialah kreativiti dan inovasi sangat penting untuk meningkatkan prestasi guru dan sekaligus meningkatkan kemajuan sekolah.

Tuesday, 27 July 2010

Percubaan PMR & SPM semakin hampir...

Pastikan semua calon PMR dan SPM bersedia untuk menghadapi Peperiksaan Percubaan dan seterusnya  PMR dan SPM sebenar. Sekolah telah menjalankan pelbagai Program Kecemerlangan. Modul Kecemerlangan adalah satu darinya. Semoga semua calon PMR dan SPM telah menggunakan Modul-modul yang telah disediakan oleh guru-guru yang berpengalaman dan berwawasan sebaik-baiknya. InsyaAllah, kejayaan adalah milik calon-calon PMR dan SPM kita. Amin.

Majlis Perasmian Program Transformasi Sekolah (tS25) 2.0

                                                            Buku Program Perasmian                                                     ...