Pagar sekolah telah berwajah baru. Pekerja swasta dengan bantuan staf sokongan telah mencantikkan pandangan hadapan pintu masuk SMKBM. Semoga keceriaan ini menambahkan azam warga SMKBM untuk lebih cemerlang pada tahun 2011.
Saturday, 11 December 2010
Tuesday, 7 December 2010
1 Muharram 1432 Hijrah
Hari ini 1 Muharram 1432H patut menjadi titik mula bagi semua warga SMK Bandar Maharani menggorak langkah ber"hijrah" dari mendapat kebaikan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik lagi. Semua patut bersemangat untuk menjalani proses transformasi untuk mencapai kekuatan jati diri dan pencapaian prestasi lebih cemerlang dalam segala bidang kehidupan.
Semoga Allah memberkati hidup ini, dan kita semua tetap mengharapkan keredhaan-Nya serta syafaat Nabi Muhammad SAW.
Selamat Menyambut Maal Hijrah.
Friday, 3 December 2010
Sederap Bersama Pengarah
Majlis Perjumpaan Pengarah Pelajaran Johor bersama Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Muar, Ledang dan Segamat Tahun 2010. Pengarah baru Tn Hj Markom bin Giran telah menyampaikan amanatnya pada 2 Disember 2010 di Dewan Sri Ledang, Kolej Matrikulasi Johor.
Wednesday, 1 December 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
the purple trio listening to a short briefing by the Principal checking their ranking.... the girls were more worried of their class ranking...










