Wednesday 23 June 2010

Memupuk Nilai Murni Melalui Aktiviti Melukis

Panitia Pendidkan Seni Visual dan Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan telah memulakan projek melukis mural di dinding Kantin Sekolah. Kerja awal iaitu menyapu 'undercoat' telah dijalankan pada hari ini semasa aktiviti kokurikulum.



Sebelum ini iaitu pada 22 April hingga 25 April 2010, mereka telah mengambil bahagian dalam Program Gerak Kerja Pembersihan Majlis Perbandaran Muar dengan melukis mural di dinding medan ikan bakar di Sabak Awor. Berita aktiviti gotong royong ini telah disiarkan di laman web nst http://streets.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Monday/Stories/20100509233444/Article/index_html
Murid-murid dari kelas PSV tingkatan 4 dan 5 ini telah dibimbing oleh guru PSV Pn Mazlifah. Semoga nilai murni ini dapat membentuk sahsiah mereka untuk menjadi insan yang seimbang.


2 comments:

  1. Tahniah kepada semua yang terlibat. Tampilkan SMKBM Cemerlang. Insyaalah SMKBM Top 5 bakal kita capai

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH RAJIN MENGECAT

    ReplyDelete

Ingatan kepada para pelajar