Tuesday 20 July 2010

Taklimat Tender Keselamatan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Daerah Muar & Segamat 2010


Perasmian oleh Tn Hj Mansor Abdul Aziz Timbalan Ketua Sektor SK2P
Sekolah-sekolah dibahagikan mengikut Zon, SMKBM Zon A5
Pengetua STUDI dan SMK Bukit Naning yang berada di zon yang sama dengan SMKBM
Bekas Pengetua SMKBM Tn Hj Abdullah bin Baba yang akan bersara 5hb Ogos 2010 juga hadir

Majlis taklimat bermula 9.00 pagi tadi telah dirasmikan oleh Tn Hj Mansor bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan. Sebelum itu, Tn Hj Jamal bin Abdullah Timbalan PPD Muar yang mewakili PPD Muar telah berucap. Talimat telah disampaikan oleh Pn Rafeah Khafidah binti Kamarudin Ketua Unit Perolehan & Pengurusan Aset dan Tn Hj Fadzil bin Mohd Amin Penolong PPD Perolehan & Aset Muar.

Sesi soaljawab antara pengetua/guru besar dan kontraktor kawalan keselamatan telah diadakan selepas taklimat. Banyak maklumat dan penerangan mengenai klausa perjanjian telah disampaikan sebagai peringatan dan memberi lebih kefahaman kepada pengurusan sekolah dan kontraktor terlibat. Syarikat Realforce Sdn Bhd telah berjaya dan menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan di SMKBM sehingga Jun 2013 nanti. Semoga taklimat ini dapat meningkatkan lagi perkhidmatan syarikat berkaitan di premis sekolah.

No comments:

Post a Comment

Ingatan kepada para pelajar