Friday 1 April 2011

PERKONGSIAN PINTAR AHMAD IBRAHIM PELAJAR CEMERLANG 11A+


Pada 1 April 2011 sempena majlis membudayakan al-Quran SMKBM telah berpeluang untuk berkongsi pengalaman dengan  pelajar cemerlang SPM 2011 Ahmad Ibrahim bin Zakaria. Beliau memperoleh keputusan 11A+ dan menjadi antara pelajar cemerlang SPM peringkat Negeri Johor. Beliau merupakan anak yatim piatu dan mempunyai  8 orang adik-beradik yang masih menuntut. Pelajar SMKA Maahad Muar ini mempunyai kebolehan yang istimewa kerana pada usia remaja telah menjadi ketua keluarga selepas ayah dan ibunya meninggal dunia. Namun begitu, itu semua tidak menghalang beliau untuk berjaya dalam pelajaran. Banyak tip istimewa yang beliau kongsikan khasnya buat calon-calon PMR dan SPM. Selamat maju jaya buat Ahmad Ibrahim bin Zakaria.
Photobucket
Nur Farhan Fiffy Hanipah(3IK)_memperdengarkan bacaan al-Quraan
Photobucket
Ahmad Ibrahim_berkongsi pengalaman
Photobucket
Bijak memberikan motivasi kepada pendengar
Photobucket
Bersama pengetua SMKBM
Photobucket
Pelajar yang tekun mendengar motivasi Ahmad Ibrahim
Photobucket
En.Puniran bin Denan menyampaikan cenderahati
Photobucket
Sumbangan dari warga SMKBM_yang teruja dengan kebolehan Ahmad Ibrahim

1 comment:

  1. Alhamdulillah...Insyaallah AHMAD IBRAHIM akan terus berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga...dan saya harap para pelajar mengambil contoh agar terus berjaya dalam pelajaran...

    ReplyDelete

Ingatan kepada para pelajar