Saturday, 6 October 2012

MAJLIS SEKALUNG BUDI KENANGAN BAKTI














Encik Puniran bin Denan ~ Pengetua Cemerlang SMK Bandar Maharani yang ke enam 
telah memulakan perkhidmatannya  mulai penghujung tahun 2008 dengan membawa 
cetusan idea, semangat, misi dan visi menjadi "Top 5" di Daerah Muar menjadi realiti. Sepanjang 4 tahun  berkhidmat di SMKBM, banyak perubahan yang telah dibuat dan yang terakhir ialah merealisasikan Dewan Gemilang buat seluruh warga SMKBM. 
 "Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari " kerana mulai 
Isnin~ 8 Oktober 2012 ini, beliau akan memulakan tugas untuk berkhidmat di sekolah baru
 iaitu di SMK Bukit Gambir.  
Sebagai menghargai jasa dan khidmat beliau, warga  SMKBM telah mengadakan Majlis Sekalung Budi Kenangan Bakti  khas buat tuan pengetua yang dikasihi............

 



  

Seluruh warga BMS mengucapkan  terima kasih di atas budi baik tuan yang tidak dapat kami balas... Dedikasi dan semangat tuan akan terus menjadi dorongan buat kami..
 Semoga tuan akan terus cemerlang di sekolah baru..
Tahniah &Terima kasih tuan...
Bon Voyage.......
 

1 comment:

  1. meriah...tahniah,,selamat bertugas di tempat baru..semoga terus cemerlang

    ReplyDelete

Majlis Perasmian Program Transformasi Sekolah (tS25) 2.0

                                                            Buku Program Perasmian                                                     ...