Sunday 26 April 2015

Pertandingan Jelajah Jawi Ukhuwah Semarak Jawi An nur pada 19 April 2015

Pada tanggal 19 April 2015 bertempat di Dataran Tanjong Emas, Muar telah diadakan Pertandingan Jelajah Jawi Ukhuwah Semarak Jawi An nur dalam Karnival Johor Corporation sempena Kemahkotaan Sultan Johor. Tiga orang pelajar SMK Bandar Maharani, Muar dan seorang guru telah menyertai pertandingan ini. Syukur alhamdullilah kerana wakil-wakil sekolah ini telah mengharumkan nama sekolah apabila mereka telah berjaya dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Jelajah Jawi Ukhuwah Semarak Jawi An nur peringkat daerah Muar.

Pelajar-pelajar yang memenangi pertandingan ini ialah:
 1. Nur Aini Huda binti Sengot
 2. Farha Nabila binti Yazid
 3. Nurul Sabrina biti Ibrahim

               Pn. Hjh. Nor Yazidah binti Mohamed Dali menerima sijil, medal dan baucar KFC.




No comments:

Post a Comment

Ingatan kepada para pelajar