Friday 6 August 2010

Pelancaran Ihya' Ramadhan

Utz Abdul Halim menyampaikan ceramah mengenai fadhilat Ramadhan dan khasiat buah kurma
Ahmad Syahmi bin Ali Arashid Tingkatan 5 Azam & Mohamad Akmal bin Roslan 5 Al Ghazali telah membaca dan menterjemah Al-Quran
Murid-murid muslim sedang khusyuk mengikuti aktiviti Ihya' Ramadhan


Tuan Pengetua. En Puniran Bin Denan telah melancarkan Program Ihya' Ramadhan pagi ini. Antara pengisian program ialah bacaan ayat-ayat suci dan terjemahannya oleh Ahmad Syahmi (Tingkatan 5 Azam) dan Mohamad Akmal (Tingkatan 5 Al-Ghazali). Utz Abdul Halim telah menyampaikan ceramah mengenai fadhilat Ramadhan dan khasiat memakan buah kurma. Selain itu, kuiz mengenai bulan ramadhan juga telah diadakan. Edaran cetakan Fadhilat Ramadhan juga dibuat untuk semua murid dan guru. Pengacara Majlis ialah Utz Mohamad Noh. Semoga program Ihya' Ramadhan di sepanjang bulan Ramadhan ini akan memberi manafaat dan meningkatkan kesedaran kepada semua warga SMK Bandar Maharani.

1 comment:

  1. Semoga Ramadhan akan membawa keberkatan dan rahmat yang melimpah kepada kita semua. Amin

    ReplyDelete

Ingatan kepada para pelajar