Monday 9 August 2010

Pelancaran Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan


Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan Tahun 2010 telah dilancarkan oleh Tuan Pengetua En Puniran bin Denan di Dewan SMK Bandar Maharani pada pukul 1.30 petang tadi. Majlis ringkas ini dimulakan dengan bacaan doa serta diserikan dengan nyanyian lagu-lagu kemerdekaan yang dipimpin ahli-ahli Kelab Sejarah. Ucapan penyelaras program Pn Hasmaini menerangkan objektif serta aktiviti-aktiviti yang akan diadakan disepanjang bulan kemerdekaan ini nanti. Tuan Pengetua telah menyampaikan bendera kepada setiap ketua tingkatan untuk dikibarkan di kelas masing-masing dan banner program telah ditunjukkan buat pertama kalinya. Semoga setiap warga sekolah dapat menghayati kemerdekaan negara dengan azam yang itnggi untuk terus cemerlang.

1 comment:

  1. Semarakkan Semangat Kemerdekaan. Inilah bumi Malaysia yang bertuah untuk kita hidup aman dan damai. Sayangi Negara Kita

    ReplyDelete

Ingatan kepada para pelajar