Tuesday 10 July 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG BERKELOMPOK 2012

3 hb. Julai 2012~ Berlangsung Majlis Kejohanan Balapan dan Padang Berkelompok SMK Bandar Maharani Kali ke-15 dan SK Sultan Abu Bakar 1 Kali ke-49 di Stadium Sultan Ibrahim, Muar. Majlis  telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama daripada semua pihak. Turut hadir dalam majlis ini ialah YDP dan NYDP PIBG kedua-dua buah sekolah. Majlis bertambah seri dengan kehadiran perasmi Puan Soheila binti Mahmud, Pengarah Urusan Anugerah ZM Enterprise. Hadiah-hadiah  kejohanan telah disampaikan oleh tetamu kehormat dan barisan pentadbir kedua-dua buah sekolah. Semoga kerjasama ini akan dapat meningkatkan mutu sukan kedua-dua buah sekolah dan sekali gus membantu meningkatkan kegemilangan sukan negara Malaysia.

 

 






 

No comments:

Post a Comment

Ingatan kepada para pelajar