Wednesday 11 July 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia



TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN/TIMBALAN PERDANA MENTERI"saya bersyukur kerana dasar satu murid satu sukan turut memperlihatkan hasrat kerajaan menjadikan sukan sebagai alat utama perpaduan kerana jelas terbukti sukan boleh menyatu padukan masyarakat berbilang kaum dalam merealisasikan gagasan satu malaysia."

Beliau berucap sempena pelancaran aktiviti serentak senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia sempena bulan kecergasan Kementerian Pelajaran 2012.

Program adalah kesinambungan larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang dilancarkan di Perak tahun lalu,

Turut serta dalam acara yang bermula jam 7:30 pagi tadi, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

500 pegawai kementerian dan 2,500 murid sekolah wawasan.

Berjalan serentak di 10 ribu sekolah seluruh negara dengan lebih 3.6 juta pelajar program mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Records.

Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan dalam kokurikulum di sekolah.



No comments:

Post a Comment

Ingatan kepada para pelajar